Cerita : Episod 2 : Cinta si kalut


Episod 1 : Cinta si kalut


********************************

“Syikin, syikin” kalut suara Aisha memanggil temannya yang ternganga tidur. “Hishhh siap berdengkur” rungut Aisha.
“Syikin, bangun la.. lewat dah ni.. ko nak follow aku tak pegi library ni” Aisha menolak lembut kaki Syikin. Syikin hanya mengeliat kecil, dan menyambung dengkuran halusnya. Tidak mampu membuka matanya sementelah dia tidur sangat lewat kerana menyiapkan projek akhirnya.
“Aku pergi dulu lah.. “ seraya Aisha menyambar beg sandang dan fail failnya.

Sambil berjalan menuju ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari kolejnya, Aisha tekun memandang skrin telefon bimbitnya. Khusyuk betul dia membaca artikel berkenaan MH370 yang di kongsi rakan Facebooknya itu.

“aduh!!!! Aaaaaaa… Hp aku…” jerit Aisha tatkala kakinya terpelecok akibat termasuk lubang kecil di longkang dan selamat telefon bimbitnya mendarat kedalam longkang tersebut.
Terbongkok bongkok Aisha cuba mencapai telefon bimbitnya yang telah terendam seperti biskut kering di cicah kopi pekat pak mail yang terkenal dikampungnya itu. “Abis lah hp aku. Duit lagi ni.”

“Perlukan bantuan ke? Rasanya elok awak ketepi, biar saya yang ambilkan” tegur seseorang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“eh, takpe takpe.. saya boleh amik sendiri jer” Aisha menolak.
“meh la saya tolong, tak elok perempuan tertonggeng tonggeng camni. Nanti orang lain nampak, apa pulak orang kata..” glup…. Aisha terus ketepi. “Hp saya jatuh” sambil menunjuk tempat dimana telefon bimbitnya mendarat.

Pantas sang jejaka mengambilkan telefon tersebut. Lalu diserahkan kepada Aisha. “nah.. nanti lap elok elok. Bukak semua part hp ni, lepas tu keringkan. Jangan on kan lagi dalam 4 5 hari ni. Biar dia betul betul kering. Kalau awak ada hair dryer lagi elok. Kering kan dengan hair dryer. Inshaallah ok jer hp ni” panjang lebar sang jejaka menerangkan cara cara menangani telefon bimbit yang masuk air.
“ohh ohh.. ok ok.. terima kasih ye awak”

“saya Aqil. Awak ni yang langgar saya hari tu kan. “ senyuman manis dari bibir Aqil membuatkan Aisha terkedu.
“erk.. langgar? Kat mana eh” terpinga pinga aisha. Blur sungguh minah senget ni. Banyak sangat yang dia langgar sampai tak ingat.
“Ramai sangat ke awak langgar orang? “ ketawa kecil Aqil dengan telatah Aisha. Tergaru garu kepala Aisha. Habis selekeh tudung bawal adijuma label putih yang dipakai. Konon hari ni nak melaram ala ala yunabella la kaedahnya.
“err err.. saya memang loqlaq sket” sambil tertunduk tersipu sipu. Gedik tau Aisha ni. Ketawa besar Aqil dengan telatah Aisha.
“awak langgar saya masa dekat fakulti sains kom hari tu. Abis fail fail saya jatuh. Pastu awak kelam kabut masuk bilik Prof Shahrin. “
“aaaaaaaa aaaaa ye la ye la.. saya ingat.. eh saya minta maaf banyak banyak tau awak.. sorry ye…  saya nak cepat masa tu. Dah terlepas time hantar assignment. Deeply sorry ya awak”

Sambil tersenyum “ hurmmm boleh sorry.. tapi kena denda… “ bisik Aqil di telinga Aisha. Meremang bulu roma Aisha. Tak pernah seorang lelaki serapat itu dengannya kecuali babanya. Perlahan Aisha melangkah setapak kebelakang.
“erk.. denda? Denda apa pulak ni”
Meletus tawa Aqil melihat betapa gabranya Aisha. Seronok betul dia mengusik Aisha yang kelihatan sangat comel dengan sikap kalutnya itu. Semakin kalut Aisha, semakin merah pipi Aisha yang sedia putih. Walaupun Aisha tidaklah secantik mana, tapi kemanisan senyuman Aisha di tambah pula lesung pipit di hujung bawah bibirnya itu menjadikan Aisha seorang gadis yang sangat manis.

“Dendanya, awak kena bagi tahu saya nama awak, no telefon awak, dan kena keluar makan dengan saya” Aqil mengenyet mata dan tersenyum. Saja je tau, mentang mentang la senyuman dia tu boleh cairkan hati orang. Tambah kelam kabut lah Aisha.
“aaa… errr… nama saya Aisha.. yang lain lain tu, kalau saya langgar awak lagi baru saya bagi ya” terus Aisha melangkah kaki selaju mungkin. Berdebar debar sungguh dada Aisha.. “eh gila ke aku ni”.

Tergeleng geleng kepala Aqil melihat Aisha berjalan macam tak cukup tanah. “lain kali saya usik awak lagi ya Aisha.. cantiknya nama awak” bisik hati Aqil. Jatuh hati kah? 

************************
0 Responses