cerita : episod 4 : cinta si kalut

episod 4

“syikin…… “ terkocoh kocoh Aisha masuk ke bilik dan menjerit memanggil BFFnya itu. 
“ko ni dah kenapa cha?” syikin masih ralit menempek krim pelembab kemukanya. Baru bangun tidur lah tu. Dah petang baru nak mandi, buruk betul perangai anak dara ni.

“Malunya aku kin.. bad day betul hari ni.” Keluh aisha. “ko bukan hari hari pun bad day ke? Kelam kabut macam hape je aku tengok. Cuba ko cool macam aku ni” sempat lagi syikin mengena rakannya itu.

“cool la sangat kan. Ko bangun pukul berapa ni yang baru nak mandi. Mak mentua tengok terus cancel tau” aisha memulang paku buah keras.
“dah dah, apa yg malang sangat ko hari ni?” malas nak bertekak. Jabgi dia juga yang kena hehe..

“ko ingat tak mamat yg aku cerita hari tu? Yg tolong aku amikkan handphone dalam longkang tu”
“ahaa.. abil ek.. eh aqil kan.. ha nape ngan dia” syikin membetulkan duduknya. Teruja nak mendengar cerita.

“aqil lah. Ha… bersambung.. aku nak yayak jab” selamba aisha bangun berlalu ke toilet.
“kurang asam punya budak. Malas dengar cerita ko dah. “ rajuk syikin. “alah kejab la. Aku tak tahan ni.” Jerit Aisha dari toilet.

Syikin terus menyambung sessi tempekan di wajahnya. Kebiasaan di hujung minggu memang syikin akan menyambung tidurnya selepas subuh sementelah aisha akan keluar mengajar di rumah aunty misha.

“fuhh lega.. meh nak cerita.. nak dengar lagi ke tak ni?”
“nak laa.. cepat citer..” gesa syikin tidak sabar. Apa pula la kisah kalut aisha si manis ni kali ini..

******************

“aduh!!!  Ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” aisha menggumam…..

Kepala Aisha berdenyut tatkala kepalanya landing tepat pada permukaan kayu pintu utama rumah aunty misha. Terasa benjolan mula menonjol di dahinya.

“tadi pintu tu bukan terbuka ke. Aduhai sakitnya” getus aisha perlahan. 

“cik aisha, kenapalah jalan tak pandang depan. Memang favorite awak ya langgar orang, pintu, longkang?” eh.. suara tu macam dikenali aisha. Lantas aisha menoleh dan memandang ke arah suara tersebut.

“aqil. Eh.. apa awak buat kat sini? Awak ke yang tutup pintu tu?”
“ya lah. Dah masuk rumah, tutup la pintu. Ini rumah saya, patutnya saya yang tanya apa yang awak buat kat rumah saya ni. Haa ngintip saya ye?” aqil mengenyit mata. Tak sempat aisha membuka mulut, aunty misha, damia dan ebrahim muncul.

“apa yang berdentum tadi. Eh kamu kenapa aisha? Merah dahi kamu tu.” Aunty misha mengangkat muka aisha dan merenung tepat kearah benjolan di dahi.

“dia terhantuk kat pintu ni tadi ma. Dok melaung kat mama tadi la tu, sampai tak perasan adik dah tutup pintu ni. Apa lagi, tercium pintu lah. Nasib bukan adik yg ada kat sini. Kalau tak, mesti adik dah kena cium. Rugi nya” sempat lagi aqil mengusik aisha yang memang dah sedia merah menyala rupanya.

Ebrahim mencerlung memandang Aisha. Bagi nya gadis ini terlalu cemerkap. Rimas pula dia melihat gerak geri gadis itu. Namun tak dapat dinafikan, manis sungguh cikgu tutor damia ni. Ebrahim terus berpusing dan pergi ke ruang tamu semula. Malas nak masuk campur.

“kamu ni adik. Jangan di usik dia. Nanti merajuk tak mau ajar damia lagi. Nak harapkan adik yang ajar damia, memang dari pukul 9 main jer la sampai petang. Untung ada aisha nak ajar tau. “ terkebil kebil aisha memandang kedua dua insan di hadapannya. Dia masih blur untuk memahami apa terjadi selain dari merasa sakit berdenyut dikepalanya.

“Aisha, kamu ok ke ni? Aunty tgk kamu macam nanar je ni. Kamu nak ke klinik ke?” bahu aisha di usap lembut. Baik sungguh aunty misha. Tak padan dengan datin, langsung tak menyombong.

“ye aunty, saya ok. Saya nak balik la. “ sambil tersenyum manis aisha memandang aunty misha. Tatkala mata memandang ke arah aqil yang sibuk merenungnya, senyumannya mati. Glup…….

“adik, kamu hantar aisha balik. Mama tak sedap hati nak biar dia balik sendiri dalam pening2 tu. Aisha naik lrt tadi kan?” arah aunty misha. “yesss… mama ni memang terbaik lah” laung aqil tapi dalam hati je la. Cari nahas kalau melaung betul betul.

“aunty, takpelah. Saya ok je ni. Jangan susah susah ya aunty. Bukan jauh pun.”

“tak susahnya. Bukan kena kayuh beca pun aisha. Aqil hantarkan ya. Oh ya, aqil ni anak bongsu aunty. Adik ebrahim. Aqil 1 universiti kamu. Lain lain maklumat, kamu interview lah dia dalam kereta nanti ya” aunty misha pula kenyit mata pada aisha. Eh eh anak ngan mak sama je. Memang sindrom kenyit mata kot keluarga ni. Tapi yang ebrahim tu bukan kenyit mata, jegil mata ada. Macam macam lah.

*****

“wah wah.. seronok la ko tu.. so apa korang borak dalam kete? Ko interview dia tak?” teruja sungguh syikin.
“gila ko. Aku diam je. Dia yg interview aku ada la. Eiiiii mamat tu memang la kan. Ko tahu, tak pasal pasal aku kena teman dia makan dulu. Tapi, aku dapat makan free la.. hehehe” lincah tangan aisha sambil berborak sambil melipat baju yang bertimbun diatas katilnya.

“amboi, dating dah. Tak tapau kat aku sama?” syikin buat muncung itik.
“banyak ko punya tapau. Aku telan nasi pun rasa macam telan batu kelikir kat taman bawah tu tahu. Punya la nervous. Aku mana penah makan ngan lelaki berdua dua camtu.” Aisha sempat membaling sehelai seluar keciknya kearah syikin. Nasib baik sempat syikin mengelak. Kalau tidak, mahu malam nanti mengigaukan aisha.

“kau tahu, dia kata aku kena teman dia makan sebab, aku kata hari tu, kalau langgar sekali lagi, baru dapat kuar makan.”
“eh bukan kata langgar skali lagi dapat no telefon ke? Pastu baru kuar makan? Eh eh lagi pun ko bukan langgar dia, ko langgar pintu kan?” syikin kembali mengambil tempat dihadapan aisha.
“ya la. Dia kata no telefon boleh hijack hp mak dia. Keluar makan terpaksa tu sebab aku langgar pintu rumah dia. Pintu rumah dia kira dia jugak la. Sengal kan.. tapi dia tu kelakar lah. “ aisha tersenyum.

“jatuh hati nampakkkkkkkkkkkkkkkkkkk” pelepap……
“hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!” tepat sotong kering mendarat dimuka syikin. Sudahnya habis semua baju baju yang sudah dilipat bertaburan bila 2 sahabat bergomol gomol di atas katil.  Macam kanak kanak ribena.

bersambung
0 Responses