cerita : Episod 3 : Cinta si kalut

episod 3

"yeay yeay cikgu aisha dah datang" damia meluru ke pintu tatkala nampak kelibat Aisha. Bergoyang goyang batang tubuh Aisha bila Damia memeluknya erat.
"Damia... sakit lah cikgu kalau Damia terkam macam tu. " lembut suara aunty misha sambil menggosok belakang cucunya.
Damia tersipu sipu dan menarik tangan Aisha menuju ke ruangan belajarnya. Tergeleng kepala aunty misha memandang. Lega hatinya melihat kemesraan Damia dengan Aisha yang merupakan tutor peribadi Damia sejak sebulan lalu..

"Aisha teruskan kerja ya. Aunty nak ke atas kejab. Nanti bibik hantarkan air. Damia, jangan nakal nakal. nanny kat atas ok." Aisha hanya mengangguk dan tersenyum memandang lenggok tubuh aunty misha yang berlalu memanjat tangga.
"cantik betul aunty ni. nampak muda jer" bisik hati aisha.

"cikgu, cepat la sini, damia nak tunjuk kertas ujian damia.. teacher bagi damia 100 tau." teruja sungguh anak kecil itu.

cepat saja masa berlalu. sedar tak sedar sudah 3 jam Aisha berada dirumah aunty misha.. Damia kelihatan sudah bosan belajar.
"Cikgu, damia lapar la" rengek damia. tanpa mengendahkan Aisha, Damia terus menapak ke dapur. Aisha mengambil kesempatan itu memerhati sekeliling rumah besar itu. "cantik sungguh. tak jemu aku disini" hati kecil aisha berkata.

Dinding yang dihiasa dengan wallpaper, langsir yang pastinya beribu harganya, perhiasan yang sangat mewah, manakan mampu Aisha memilikinya. berangan saja sudah cukup untuk membuat dia rasa bahagia.
Keluarga Aisha hanya sederhana. Ibunya surirumahtangga sepenuh masa manakala baba seorang pengurus di sebuah syarikat GLC terkemuka. Aisha mempunyai seorang abang yang hanya beza setahun darinya. Abangnya kini sedang di tahun akhir sebuah university di utara tanah air.

“jauh kamu termenung Aisha” tegur aunty misha sambil menepuk mesra bahu Aisha. Dan, cuba teka apa aksi spontan Aisha?

“opocot cantik betul sofa ni.. “ latah Aisha. Serentak dengan itu, terhambur ketawa besar dari aunty Misha.
“Ya allah, kamu ni muda muda dah melatah. “ bersisa ketawa aunty Misha. Merah sungguh muka gadis dihadapannya ini. Comel. Aisha tersipu sipu lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Malu besar dia hari ni. “apalah nasib aku ni”
“Dah dah, mari sini Aisha, duduk kat sofa mahal ni. Bibik dah siapkan minum petang ni. “ pelawa aunty misha sambil ketawa.
“alaa aunty, Aisha minta maaf. Malunya “ rengek Aisha..
“kamu ni.. patutlah Damia tu sayang sangat kat kamu. Walhal berapa kali jer kamu jumpa. Kelakar rupanya kamu ni”
Macam biasa lah, kalau tak kalut, bukan Aisha lah nama nya kan.
Mereka rancak berbual bual santai sambil ketawa. Aisha betul betul memikat hati aunty Misha. Jatuh hati sungguh aunty Misha kat aisha. Almaklum lah aunty misha pun tak ada anak perempuan.

“Assalamualaikum mama” suara garau tiba tiba kedengaran mematikan kerancakan perbualan mereka.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas masuk. WOWWW!!! Ternganga mulut munggil Aisha memandang lelaki yang padanya sangat berkarisma.

“waalaikumusalam. Oh kamu ebrahim. Damia tengah mandi rasanya. Baru habis tusyen. Ni mama kenalkan cikgu tuisyen Damia, Aisha. Aisha, ni papa Damia, Ebrahim.”
Aisha hanya senyum dan mengangguk. Ebrahim langsung tak membalas senyuman Aisha membuatkan senyuman itu mati serta merta. “kurang asam. Aku senyum punya la comel dia wat dek jer, ingat aku nak ngorat ko ke” bisik hati Aisha.
“eh perasan aku nak ngorat.” Sekali lagi latah Aisha terkeluar bila dengan tiba tiba Damia meluru memeluk pinggang Aisha. “ahh sudah.. malunyaaaaaaaaaaa” merah padam muka Aisha.
Kedengaran ketawa besar aunty Misha sekali lagi memecah keheningan rumah.
“sapa yang perasan???” tajam mata Ebrahim memandang Aisha. “pompuan ni dah kenapa. Macam makcik plak” dalam hati jer la Ebrahim bersuara.

“aaa.. aunty, Aisha balik dulu ya. Dah lewat ni” Aisha tak menjawab soalan maut dari Ebrahim, tapi terus mengambil tangan aunty Misha yang masih ketawa dan disalaminya. Kelam kabut Aisha berjalan ke arah ruangan belajar Damia untuk mengambil barang barangnya. Damia terpinga pinga tidak memahami apa berlaku. Terus saja dia duduk di riba nanny nya yang masih bersisa ketawa. Tergeleng geleng kepala Aunty misha dengan telatah Aisha.

“aunty, aisha balik dulu ya, bye damia, minggu depan cikgu datang lagi ok.” Laung Aisha.

“aduh!!! ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” Aisha menggumam…

*************************************


0 Responses