Bila anak request,

Could u ever say no????

Biar gambar yg berbicara je lah













Aduh lapar balik...

Chicken grill with creamy mushroom cheese sauce

Lamb grill with creamy mushroom cheese sauce

Coslow
Potato wadges, fries
Brokoli.. asparagus grill

Omai.. tayah g tgif dah.. sedap.....

posted from Bloggeroid

Serum Biowhite Collagen dari panacea beauty

rasa macam muka perlukan serum? kolagen?

Kandungan nya 100% dari bahan2 semula jadi seperti air suling, madu, ekstrak aloe vera, marin kolegen, sarang burung walit dan pati oren..
Guess what.. ini 1 1 nya serum yg boleh di makan tau... yaaaa boleh di makan.. utk kesan lebih baik, boleh amik 1 sudu kecil sehari...
Ha? Khasiat dia? Banyak sayang2 sekelian...
Lambatkan penuaan.. yeayyy awet muda gitu...
Hilangkan parut2 jerawat.. parut pembedahan.. kesan scratch mark uols...
Make ur skin smoother...
Kecilkan pori2 kulit...
Ratakan tona kulit...
Macam2 lagi...
Gila tak berkhasiat!! Tgk la ingredients dia..


ramai blogger blogger pun dah cuba.. namee roslan pun dah pakai ok...
uols tak try ker? hasil produk dari muslimah kita.. no worries pasal kebersihan produk...


halal, buatan malysia dan produk muslim lagi...

hologram pun ada...




cara nak pakai pun sangat mudah...
before tidur, just apply kat muka.. if ada kawasan2 lain yg bermasalah macam kulit kering, berparut, boleh apply kat kawasan tu juga...

esok pagi2 tu basuh muka.. terasa segar...

Nak cuba?
Harga cuma RM95 sm RM 105 ss... postage free uolsss.....
Cepat2 wassap chuya 0137478044

Bopren

Papa balik lewat hari ni.. siap naik bas sebab mama tak larat nak amik kat lrt sri rampai..

Papa balik jer, terus masuk bilik n jenguk mama n anak2...

Papa kata meh nak urut sket.. *jengjeng*

Pastu saje la gatal2 jerit main2.. "ayyan help help mama..."
"Papa.. papa.. sytt cha do.."
"Abangggg help mama..."
Sambil2 papa urut.. sendawa la mama...
"Mama nyang.. haa mama nyang papa"

Bila mama minta tlg dia beria protect mama..
Bopren kecintaan sangat..

posted from Bloggeroid

Cerita : Episod 2 : Cinta si kalut


Episod 1 : Cinta si kalut


********************************

“Syikin, syikin” kalut suara Aisha memanggil temannya yang ternganga tidur. “Hishhh siap berdengkur” rungut Aisha.
“Syikin, bangun la.. lewat dah ni.. ko nak follow aku tak pegi library ni” Aisha menolak lembut kaki Syikin. Syikin hanya mengeliat kecil, dan menyambung dengkuran halusnya. Tidak mampu membuka matanya sementelah dia tidur sangat lewat kerana menyiapkan projek akhirnya.
“Aku pergi dulu lah.. “ seraya Aisha menyambar beg sandang dan fail failnya.

Sambil berjalan menuju ke perpustakaan yang terletak tidak jauh dari kolejnya, Aisha tekun memandang skrin telefon bimbitnya. Khusyuk betul dia membaca artikel berkenaan MH370 yang di kongsi rakan Facebooknya itu.

“aduh!!!! Aaaaaaa… Hp aku…” jerit Aisha tatkala kakinya terpelecok akibat termasuk lubang kecil di longkang dan selamat telefon bimbitnya mendarat kedalam longkang tersebut.
Terbongkok bongkok Aisha cuba mencapai telefon bimbitnya yang telah terendam seperti biskut kering di cicah kopi pekat pak mail yang terkenal dikampungnya itu. “Abis lah hp aku. Duit lagi ni.”

“Perlukan bantuan ke? Rasanya elok awak ketepi, biar saya yang ambilkan” tegur seseorang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“eh, takpe takpe.. saya boleh amik sendiri jer” Aisha menolak.
“meh la saya tolong, tak elok perempuan tertonggeng tonggeng camni. Nanti orang lain nampak, apa pulak orang kata..” glup…. Aisha terus ketepi. “Hp saya jatuh” sambil menunjuk tempat dimana telefon bimbitnya mendarat.

Pantas sang jejaka mengambilkan telefon tersebut. Lalu diserahkan kepada Aisha. “nah.. nanti lap elok elok. Bukak semua part hp ni, lepas tu keringkan. Jangan on kan lagi dalam 4 5 hari ni. Biar dia betul betul kering. Kalau awak ada hair dryer lagi elok. Kering kan dengan hair dryer. Inshaallah ok jer hp ni” panjang lebar sang jejaka menerangkan cara cara menangani telefon bimbit yang masuk air.
“ohh ohh.. ok ok.. terima kasih ye awak”

“saya Aqil. Awak ni yang langgar saya hari tu kan. “ senyuman manis dari bibir Aqil membuatkan Aisha terkedu.
“erk.. langgar? Kat mana eh” terpinga pinga aisha. Blur sungguh minah senget ni. Banyak sangat yang dia langgar sampai tak ingat.
“Ramai sangat ke awak langgar orang? “ ketawa kecil Aqil dengan telatah Aisha. Tergaru garu kepala Aisha. Habis selekeh tudung bawal adijuma label putih yang dipakai. Konon hari ni nak melaram ala ala yunabella la kaedahnya.
“err err.. saya memang loqlaq sket” sambil tertunduk tersipu sipu. Gedik tau Aisha ni. Ketawa besar Aqil dengan telatah Aisha.
“awak langgar saya masa dekat fakulti sains kom hari tu. Abis fail fail saya jatuh. Pastu awak kelam kabut masuk bilik Prof Shahrin. “
“aaaaaaaa aaaaa ye la ye la.. saya ingat.. eh saya minta maaf banyak banyak tau awak.. sorry ye…  saya nak cepat masa tu. Dah terlepas time hantar assignment. Deeply sorry ya awak”

Sambil tersenyum “ hurmmm boleh sorry.. tapi kena denda… “ bisik Aqil di telinga Aisha. Meremang bulu roma Aisha. Tak pernah seorang lelaki serapat itu dengannya kecuali babanya. Perlahan Aisha melangkah setapak kebelakang.
“erk.. denda? Denda apa pulak ni”
Meletus tawa Aqil melihat betapa gabranya Aisha. Seronok betul dia mengusik Aisha yang kelihatan sangat comel dengan sikap kalutnya itu. Semakin kalut Aisha, semakin merah pipi Aisha yang sedia putih. Walaupun Aisha tidaklah secantik mana, tapi kemanisan senyuman Aisha di tambah pula lesung pipit di hujung bawah bibirnya itu menjadikan Aisha seorang gadis yang sangat manis.

“Dendanya, awak kena bagi tahu saya nama awak, no telefon awak, dan kena keluar makan dengan saya” Aqil mengenyet mata dan tersenyum. Saja je tau, mentang mentang la senyuman dia tu boleh cairkan hati orang. Tambah kelam kabut lah Aisha.
“aaa… errr… nama saya Aisha.. yang lain lain tu, kalau saya langgar awak lagi baru saya bagi ya” terus Aisha melangkah kaki selaju mungkin. Berdebar debar sungguh dada Aisha.. “eh gila ke aku ni”.

Tergeleng geleng kepala Aqil melihat Aisha berjalan macam tak cukup tanah. “lain kali saya usik awak lagi ya Aisha.. cantiknya nama awak” bisik hati Aqil. Jatuh hati kah? 

************************

Syorga

Syorga...
Bila mana kiri ada si kecil dicelah ketiak...
Di kanan si abang memeluk kejab lengan....
Si ayah menggengam erat jemari....

Ya allah.. jangan di tarik kebahagiaan ini....

posted from Bloggeroid

Cerita : Episod 1 : Cinta si kalut

"aduh...." jatuh bertaburan semua file file yang dibawa.. serentak itu, "maaf maaf.. ya allah maaf... saya mintak maaf.." kalut suara seorang gadis...

"terlanggar orang lagi.. hari ni jer dah 3 kali aku langgar orang.. cuainya aku" bisik hati si gadis.....

"takpelah.. dah nak jadi, nak buat macam mana" sambil mengutip fail fail, Aqil bersuara..
"maaf ya.. saya pergi dulu ya.. nak cepat ni.. " Aisha kelam kabut berlalu. Tugasan yang sepatutnya dihantar sebelum jam 12 tengah hari menyebabkan Aisha jadi tak keruan hari ini. Itu lah, suka benar buat kerja last minit.

berlari lari anak, mata sekejab kejab pandang jam yang dah menginjak ke pukul 3 petang.. "matilah aku kalau prof taknak accept assignment aku ni" Aisha tak sudah sudah mengomel sorang...


******************

"hah, sempat tak?" sergah syikin bila nampak muka muram Aisha di bilik. "Sempat. tapi Prof kata aku kena tambah assignment denda.. aduh.. dah la byk projek nak kena submit ni"
"kan aku dah kata, jangan buat part time lagi. kau tu bukan orang susah pun. sibuk nak ajar anak orang tusyen bagai. fokus kat study sudah la cha. kelibut aku tgk kau skang ni" syikin memarahi rakan sebilik merangkap BFF nya itu.
"aku bukan apa syikin, tak sampai hati nak tolak bila aunty misha mintak tolong. cucu dia tu takde orang nak ajar. kesian pulak aku. takpela aku try adjust masa aku k. kalau sebulan ni tak ok gak, aku tarik diri lah dari ajar dania tu. tapi kan... aku dah jatuh sayang kat dania tau.. comel gila dia tu.. mesti lawa mak dia kan..."
"mak dia lawa ke bapak dia yg hensem hahahaha... eh ko tak pernah jumpa ke mak dia?"
"tak pernah la kin.. mak bapak dia aku tak pernah jumpa.. dania tu duduk ngan nenek dia aunty misha tu.. aku tak berani lah nak tanya lebih lebih"...

Aisha dah hampir 2 bulan menjadi tutor peribadi kepada seorang gadis cilik yang baru masuk darjah 1. bukan main kan orang kaya kaya ni. darjah 1 dah pakai tutor kat rumah. Dania Qistina gadis cilik yang merupakan cucu kepada aunty misha yang ditemui ketika dia berumahtangga di kedai buku berdekatan rumahnya. kebetulan aunty misha ingatkan Aisha pekerja di kedai buku tersebut. sembang punya sembang, maka Aisha jadi lah tutor peribadi kepada Dania yang sangat manja dan bijak.


*******************************

bersambung

** lama tak menulis.. amacam?? nak sambung ke taknak? aha.. aku ni slalu hot hot ciken shit.. smoga ada kelapangan nak sambung.. :)

yeay new curtain...

nak cite makan dulu ke cite rumah baru dulu...
makan?
rumah?

makan eh? ha ok ok.. aku cite umah dulu.. kekekeke


alaaa bukan umah betul pun.. umah a.k.a blog la.. hehe.. sajer je gatal2 tukar layout.. bosan layout lama...
nasib tak masuk byk2 widget.. takmo dah la sarat2 widget2.. dulu2 time duluuuuuuuu mmg suka la byk2 widget...

hurmmm tahun 2014.. kalau tak silap tahun 2006 2007 aku start blogging.. ni blog peribadi ketiga.. tak masuk blog kawin ngan blog masak la..

blog pertama ilang.. MIA.. aku sendiri tak ingat email dan password.. termasuk lah link... sedih kan.. dalam tu banyak gambar2 nana ngan mimi kecik2... sayang sungguh... aku godek cari kat friendster pun dah takde.. hurmmm mmg totally takde gambar mimi kecik2.. sian dia... nana tahan lagi ada sikit yg sempat cuci... yg mana soft copy semua gone... seperti mana gone nya perhubungan dengan bapak dia... blog pertama tu mmg blog sedih.. kebanyakan cerita sedih.. tak banyak cerita bahagia... elok la gone.. ralat pasal gambar2 mimie jer.. lain2 tu takde hal.. nothing to remember pun....

blog kedua, Journey to sunshine.. aku pindah rumah lepas kawin dengan ongsbelah... fresh gitu... tapi still ingat lah segala login.. banyak cerita ceriti kat situ.. dari ibu tunggal, sampai lah bertemu dengan ongsbelah yg sayang aku.. ececece.. kasik can plis...


so kita menten jer la blog ni.. ada niat nak tukar domain.. nak tumpang ongsbelah.. tapi, susah la.. nanti ilang kawan2.. pasal trafic tu takde hal. slama ni mmg bukan orang masuk pun.. yg ada sorang dua kawan2 yg rajin baca aku menceceh.. sian korang... lebiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

eh... nak ckp pasal layout blog.. terbabas plak.. :P

selamat datang curtain baru.. wallpaper baru... Tv, sofa, dinning set semua lama... okla kan..

bai.. we will never meet again.. turunkan langsir.. koyak wallpaper...



welkam.. cantik tak langsir baru kita.. mahai tau.. kita beli kat nilai 3 kekekekeke.... tu tu wallpaper tu kita beli online.. hehehe... 

nanti kalau rajin raya kita tukar langsir lagi.. cat pun tukar... aku kan kaya... apa plak kalau aku kaya.. aku mmg kaya... *kaya kasih sayang* hehehehehe

Resepi homemade meatball

Tgh malam update resepi...

Xpa sharing is caring... plus kena simpan resepi utk diri gak.. aha..

Alkisah aku buat homemade meatball tadi... alhamdulillah jadi.. cuma bentuk dop comel...

Bahan2

Daging kisar 1 pek.. agak2 la sebenarnya.. yg ramly buleh.

Bawang Holland cincang dadu kecik2.. jgn besar sgt eh. Aku guna separuh biji. Ni bajet2 la dgn daging tu...1/3 dr jumlah dgg..

Telur 1 biji gred AA.. kalau gred kecik 2 biji ok..

1/4 cup serbuk roti - serbuk roti ni perlu tambah kalau adunan tu rasa lembik2..

Lada sulah dan garam

Cara :
Panaskan oven.. aku guna 250 darjah..

Semua bahan kecuali daging disatukan.. gaul2...

Daging tu perah2 kering tau.. pastu gaul skali...

Bentuk2 kan bulat...

Susun dlm loyang.. kalau non stick tayah sapu apa2.. kalau x, sapu la myk zaiton ke butter ke..

Bakar dlm 25 30 min. Kira smp dia masak la..

Susun dlm bekas lain.. pastu frozen kan...

Satel.. senang kan...

Jom buat sendiri....

Nanti nak try buat sos ikea plak



Sebelum bakaq tu elok la bulat..


Lepas bakaq hat bawah dia leper ahha.. tapi sedap baq ang... ni sebab aku suh potong bawang tu kecik2 sket. Ni terkeluaq2.. tp sedap. Terasa manis bawang tu...

Ok sekian
posted from Bloggeroid

3 hours dating yg mengenyangkan

la ni kan, kanak2 ribena dah besaq.. so syok la buleh tinggal mak pak nak p dating.. muahaha...

ari tu balik kuantan, apa lagi mengambil kesempatan la kami... kuar dating sesaja.. dating g pasar malam, dating g balok, dating g tanjung lumpur...

ongsbelah, tengkiu na layan kami.. ahaa.. tekak teringin nak makan kupang kepah bagai... so dia pun gigih la cari utk isteri.. ala awat kalut cari.. p ja tanjung lumpur, sure ada...

konon takmau masuk town la.. dia nak bawak dating kat balok.. town jem sebab bola...
pusing2 balok tudiaaaaa... tempat dating gelap gelita ja.. tak berani la.. kami tak bawak surat nikah.. kad kawin tak buat lagi *ya ya anak dah 2 tak buat2 lagi...*

so p cari la seafood restoran ja.. tapi jenis takdak yg pilih2 tu.. takmau... tudia cerewet...

maka, pederaih la p tanjung lumpur ketika jam menginjak jam 11pm...

fuhh fuhh puhh kanan puhh kiri.. mintak2 la ada lagi....

sampai2 aku tak tunggu dah ongsbelah.. terus p terjah tpt pilih ikan... yeay ada...

pilih2 maka

pepahat campur kepah.. masak pedas. alahai sedapnyaaaa

ikan siakap 3 rasa.. ongsbelah tala sorang.. ada la 2 3 cubit dia bagi aku.. sobssssss

nasi goreng cendawan.. ni aku punya.. arghhhhhhh sudah sudah... jgn disebut dosa dosa diet aku.. semua salah ongsbelah.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

puas hati.. dating yang best.. ahaa.. berdua dua, makan tanpa kalut kena suap kiri, suap kanan.. yeaaa kita perlukan percutian berdua sekali skala la bubu... how how??

tahun depan buleh dah kot.. ngeeeee

yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnn -

ala skang ni kan berat betul nak gi keje.. super malas.. ngantuk sokmo. mencik tau...
tambah tambah ongsbelah plak skang surirumah tangga separa masa... lagi la aaaaaa kemalassss tau... pagi ni ujan plak kan.. aaaaaa aaaaa aaaaa saje kan...

ternguap nguap kita sambil drive.. nasib jalan raya sangat behave.. best kan.. macam cuti sekolah plak perasaan dia...

aiyooo taip ni jer dah menguap dekat 4 kali... parah ni.. padahal da tido 30min dalam kete tadi...

korang ngantuk tak pagi2 time nak g keje.. cukup tido eh? astagfirullah.. kali ke lima dah nguap ni.. ok bahaya.. nak cuci muka, lupa bawak krim siang ari ni.. haihhhh

ke sebab aku posa ari ni... ish tak kan plak...

mata aku berair2 dah ni.. kena p surau tido barang 2 3 jam ke camne?

kang aku tido terus smp balik kang.. hoiiii kali ke 6 dah nguap...

ok babai, bos dah masuk

Biskot cokelat cip

Adik kita kata sedap..
Mak mentua kata pun sedap...
Adik ipar kata sedap...
Anak2 kata sedap...
Suami kata sedap sedap sedap sambil polok sekut dlm mulut byk2...

Adik kata "long.. jual la long..."
Mak mentua kata "jual ni.. sedap"
Suami kata " boleh je nak jual. Tp kena bg sama saiz la"

Nak jual ke eh...



Sekut cokcip saya


Isi dalam ada almond ngan cokcip. Se balang ni adik ipar ngap xsempat tunggu esok.. mak kata xtinggalkan utk dia pun.. ala ala.. mak nanti kita buatkan lg ek


Macam nak jual je.. cakap kat adik
"Aku jual tapi kalau xde org beli aku paksa ko beli.. ok?"

posted from Bloggeroid

Am fallin in love

Jatuh cinta...




Ehem... suami, nak pahala banyak x?

posted from Bloggeroid

Kita bersalah. Kita mintak maaf

Kita sedih tau smalam. Kita langgar kete org.. org tu park kete sebelah kita.. kita xlanggar lari, kita langgar tinggal no tepon..

Sian cikjora kita tau. Mesti dia sakit sangat2 kan..

Kita mintak maaf ye cikjora.. kita xsengaja... nanti kita kasi awak biskot cokelat cip ye. Kita buat demi awak tau. Kita tau kita salah. Ni kita nak pujuk awak la ni...



Sian awak.. luka2 dah badan awak...



Walaupun kita xkenal awak, tapi kita bersalah kat awak gak..



Omnomnom.. jabgi kita bakar awak ye.. damaila engkau disana

posted from Bloggeroid

Perginya seorang lenovo

Hujan lebat diluar. Maka aku cabut awal dr opis. Bukan boleh terus pulang pun.. tunggu mama.. ko gila nak hasut mama cabut awal.. dia HR kot.. maka tunggu je la kat parking... aku 430 dah lari.. skali 1 lif dgn agm.. ok mari buat bodo.. hukhuk...

Jab tadi ongsbelah kata laptop dia crash... aigooooo... utk seorg programmer, laptop tu umpama gepren dia.. mmg mcm org mati gepren la jabgi.. sejak keje comptel ni dah 2 kali laptop dia innalilillah... bila aku ckp dia jawab ini.. puiii.. eh mana leh puiii suami...srottttttttt sedut balik kahak...



Powerrr eh... hehehe.... *kepalamerewangkearahkekuningan*



Sok dapat laptop baru la tu..

Haih... perut lapar plak ujan2 dok dlm kete....

posted from Bloggeroid

rumah : bila handyman saya pulang

bila handyman saya pulang, maka banyak perkara selesai...

layan gambar la

suami tengah menukang

ceacea.. ketuk sini ketuk sana

ini yg nak dibuat.. almari ni almari baju sebenarnya.. dok kat bilik laundry.. dalam ni letak segala barang2 dapur macam tepung, rempah2 bagai.. megi2.. macam2 la...

so skang ni buat bagi jadi 3 tingkat.. sebab rak dalam tu dah nak roboh huhuhu

gambar dah siap lupa snap.. 
ni almarinya.. skang ni transfer pegi dapur kering.. nak luaskan bilik laundry tu sebab nak letak segala rak2 dari bilik study... kami tak jadi reno dapur tu.. bila pk2 macam bazir lah.. umah orang pun...

bilik study yg super sepah.. rak kat dinding kosong tu angkat dah.. clear... 

fuhh masa ni semak betul...


rak dah transfer pegi bilik laundry... 

pampers tu tengah cari idea apa nak buat.. ingat nak beli box giant tu lah... 

ari tu lepas beberapa hari ongsbelah p riyadh, rail langsir jatuh menyembah bumi.. aduhai... ayyan ngan cha main cak cak situ.. nasib tak timpa derang... gigih tau aku pasang balik... 3 kali jatuh hua.....


huk huk.. jatuh kali ketiga ni... 


disebabkan mr handyman dah balik, maka aku paksa dia buat lubang baru.. sebab yg before ni pun mmg meleret.. semak nampak.. 


tadaaaa... siap... dah tak meleret2.. suke suke

langsir dah ngam ngam kat lantai.. pastu saje buat camni.. cantik plak.. sebelum ni selak kanan selak kiri jer...

langsir merah tu pun ongsbelah dah buat elok2 rail dia.. tak jatuh2 dah... kena letak langsir situ sebab betul2 kat hall kecik ni.. clear nampak dalam bilik yang bersepah tu

apa lagi nak tambah sini? ingat nak beli karpet lain kat sini.. inshaallah later on.. macam nak cari kerusi kayu yg single letak kat hujung karpet sini.. tapi takut semak plak...


ha kat depan pintu ni.. nak letak kerusi tu.. tapi semak kot kan.. sempit plak nt.. ke cane? yg kat stool merah tu plak nak letak buai nt.. hehehe ala yg ikea tu je..

yang ni.. yang ni... aaaa naakkkk... ari tu gi ikea dok kat sini, takmo bangun.... nak nak...

ok gambar bercelaru.. nak tarik naik atas abis berterabur.. so terima jer la eh.. *pemalas*


lepas kemas bilik study.. yeay best rasa mata... ada lagi benda2 nak kena beli.. board tu kena beli lagi 2.. sorang satu ela n nana n mimi.. eh 3 la papa skali...
pastu atas board tu nak letak rak macam kat tv tu.. rak LACK dari ikea la yg berminat skang ni...

kat ruangan ni mmg biar kosong.. ekon tu akan di bawak balik kuantan.. so clear situ... letak karpet.. tempat rehan2 jer la.. utk tgk muvie sama...

ruangan papa... pc kanan pc kanak2.. pc kiri pc mama merangkap segala server movie, server business hostpost papa... plan nak tukar lcd monitor tu kepada yg besar.. so kanak2 leh layan muvie kat sini sambil lepak kat ruang kosong yg atas tadi

atas cpu tu skang ni dah letak printer.. baru jer beli smalam.. lega.. dapat jugak printer + scanner + photostat.. senang betul.. kanak2 ni kejab2 "mama cikgu suh print ni, cikgu suh photostat itu. blabla"
mama plak dah dapat akal nak print gambar2 byk2 hehehe almaklom siap dapat free glosy paper smalam... yeay akhirnya frame2 gambar dah boleh isi gambar la pasni..
pfttt abis gak segala gambar...

satel... bai

penaja :  www.rehanswardrobe.blogspot.com

Something that make me smile.. big smile I mean

Dear hasben...
I love u to the moon and back...



Impian tercapai.. pandora no more. Tengkiu hasben



Cincin tunang diperbaharui hehe...
posted from Bloggeroid

big bad box at big bad wolf...

tgk orang share kat fb.. omaiiiiiiii... big bad wolf kembali... eh tapi kali ni lain sket... big bad box nama dia.. 2 jenis kotak.. kecik sket RM69.90 kalau tak silap.. yg besar sket RM99.90.. kira seratus la...

ok ready.. amik cuti jumaat.. pakat ngan geng opis sorang ni... marilah...

nasib baik bawak spare lagi 100.. tak cukup 1 kotak.. rambang mata.. cuma kali ni mmg 100% buku kanak kanak... buku mama takde...

kami gi hari pertama.. kul 11 dah smp.. lets....

ramai dah.. tapi tak padat la...

beratuq tudia... ghamai baq ang....

konsep dia, sumbat dulu... boh stakat mana mampu....

troli takdak.. stroller berguna jugak...
tudia pantun.... terima kasih quinny

susun elok elok.. padat padat...

sumbat sumbat... takdak 1 buku pun termiss.. terrornya saya.....

satel... puas hati... yaa sangat puas hati...

ni buku kecik2.. dalam kotak tu... berguna sebab sumbat kat ruang2 yg kecik2 tu

buku kanak kanak sunquick... sila baca ya kakak nana n kakak mimi...

buku kakak mimi...

ada la sket buku kerja...

kanak kanak ribena punya... buku2 yg ada cars je mmg aku sebat.. skang ni, cars, plane, tractors semua tu obsession abang.. dia sangat suka vehicle la senang kata...

level bawah...

level tengah

level atas

full buku kanak kanak ribena... dah mini library dah... me love.... kanak2 sunquick punya tak dan nak snap rak buku depa...

overall, mmg sangat berbaloi2.. RM200 total dapat semua tu... more than jimat ni...
lets simpan duit utk bulan december ni plak...