Bilik kerja vs bilik study vs bilik stor..

umah aku ni ada 4 bilik...
1 master bedroom yg sangat besar (boleh masuk 2 queen, ada wordrobe 4 pintu)
1 bilik kecik utk bilik kerja lebih kurang
2 bilik sederhana.. 1 bilik kanak2, 1 lagi owner jadikan tu bilik laundry kot.. dia pecahkan dinding yg hubungkan ke wet kitchen.. sayang kan.. tapi takpela.. aku buat tu bilik laundry n letak barang2 lain sama...

so skang nak citer bilik kerja...
before ni bilik tu hanya untuk ongsebelah... seme barang2 dia kat situ.. semak pun ye kadang2 huhuhu.. mahu tak, vaccum kat situ, portable ekon kat situ.. car seat ayyan kat situ.. tools dia kat situ...
maka, aku buat la satu floor plan utk ubah...

floor plan yg aku lukis secara amatur.. hahaha guna note3 aku jek la.. segala senget benget adalah dijangka wuwuwwu...

oh ya, skang ni adik ongsbelah pun dah stay ngan kami.. so bilik kanak2 dah penuh.. maka salah satu sebab la aku nak transform bilik keje ni jadi bilik keje dan study...

ni bilik kanak2 skang.. aku nak keluarkan meja ni dari bilik derang so that situ ada ruang nak jemaah solat.. lepak2 baca novel.. plan kat sini cari beanbag...

kena pelan2 since takde bajet lagi.. moga2 urusan ongsbelah pegi riyadh dipermudahkan.. ada la bajet sket nak beli benda2 kecik utk bilik tu nanti.. la la la..

plannye nak beli book shelf tu kat giant je la.. yg murah2 sudah.. kalau ada bajet lebih baru consider shelve LACK kat ikea.. aku suka sebab tayah L kat bawah dia.. kemas je nampak...

Kabinet buku pun perlu.. untuk letak buku2 skolah kanak2 yang byk.. yg ni beli DIY giant sudah la kot...

Tikar lebih diconsiderkan dari karpet.. sebab kanak2 ni suka guna getah pemadam sampai macam kotor habuk2.. nanti kena karpet plak.. no no no.. tikar buluh yg jual kat tpt pakistan tu murah je kan...

kerusi utk ongsbelah.. skang ni dia guna kerusi meja makan.. ingat cari ikea punya la nt..

wordrobe tu plak tak la besar sangat.. 2 pintu jer.. ingat tools ongsbelah segala letak 1 pintu.. pintu lagi satu letak barang kanak2..

rak ikea tu memang dah ada..

rak ni lah.. serabut kan.. akan dikemas untuk projek ni kelak.. wahh kemain kelak...

 rak penjuru 3 tingkat tu nanti masukkan kat celah tepi meja.. atau nt ada idea letak la kat tpt lain..

buat masa ni, camni la keadaannya bilik kerja hasben.. pc ada 2 bijik, laptop entah berapa bijik, yg defect la byk. almaklom ongsbelah aku ni computer geek sket.. aha..

ni perkara perkara yg aku tak tahu nak letak mana... car seat tu pun terasa macam nak letgo jer.. ayyan takmo dok dah.. cha lagi lah.. plus kereta aku penuh gila skang ni..
portable ekon tu pun adeh la.. nanti boleh masukkan kat bilik anak2 lah... tapi nak buat lobang tu yg payah plak.. eh eh caption panjang macam entry blog pulak...

maka, projek ni akan dimulakan sedikit demi sedikit.. weekend ni kalau ongsbelah tak pegi lagi riyadh, marilah kerah dia suh angkat meja kanak2 bawak masuk sini...

semoga berjaya....
2 Responses
  1. Fizah Says:

    yeahhhh gudluck!! :))


  2. Unknown Says:

    chayoook ! gud luck !