1st anniversary
disaat ini...
kita diijabkabulkan 12 bulan yang lalu...
kita mula membina mahligai rumahtangga....
kenangan itu masih berlegar difikiran...
ketika kamu melafazkan ikrar bersatu...
sebak hati...
tidak juga ku lupa...
ketika kamu melafaz taklik...
airmatamu mengalir...
suamiku,
kini...
kita dianugerahkan seorang putera,
untuk menemani puteri puteri,
sebagai pelengkap mahligai indah ini...
terima kasih untukmu,
kerana sentiasa memahami ku,
melayani kerenah ku...
memberikan segala yang terbaik untuk ku...
ya allah, satukan hati kami dalam ketenangan...
jauhkan godaan syaitan dalam rumahtangga kami...
panjangkan jodoh kami, hingga ke syurga....
amin.. ya rabbal alamin....
selamat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kita....