cerita : Episod 3 : Cinta si kalut

episod 3

"yeay yeay cikgu aisha dah datang" damia meluru ke pintu tatkala nampak kelibat Aisha. Bergoyang goyang batang tubuh Aisha bila Damia memeluknya erat.
"Damia... sakit lah cikgu kalau Damia terkam macam tu. " lembut suara aunty misha sambil menggosok belakang cucunya.
Damia tersipu sipu dan menarik tangan Aisha menuju ke ruangan belajarnya. Tergeleng kepala aunty misha memandang. Lega hatinya melihat kemesraan Damia dengan Aisha yang merupakan tutor peribadi Damia sejak sebulan lalu..

"Aisha teruskan kerja ya. Aunty nak ke atas kejab. Nanti bibik hantarkan air. Damia, jangan nakal nakal. nanny kat atas ok." Aisha hanya mengangguk dan tersenyum memandang lenggok tubuh aunty misha yang berlalu memanjat tangga.
"cantik betul aunty ni. nampak muda jer" bisik hati aisha.

"cikgu, cepat la sini, damia nak tunjuk kertas ujian damia.. teacher bagi damia 100 tau." teruja sungguh anak kecil itu.

cepat saja masa berlalu. sedar tak sedar sudah 3 jam Aisha berada dirumah aunty misha.. Damia kelihatan sudah bosan belajar.
"Cikgu, damia lapar la" rengek damia. tanpa mengendahkan Aisha, Damia terus menapak ke dapur. Aisha mengambil kesempatan itu memerhati sekeliling rumah besar itu. "cantik sungguh. tak jemu aku disini" hati kecil aisha berkata.

Dinding yang dihiasa dengan wallpaper, langsir yang pastinya beribu harganya, perhiasan yang sangat mewah, manakan mampu Aisha memilikinya. berangan saja sudah cukup untuk membuat dia rasa bahagia.
Keluarga Aisha hanya sederhana. Ibunya surirumahtangga sepenuh masa manakala baba seorang pengurus di sebuah syarikat GLC terkemuka. Aisha mempunyai seorang abang yang hanya beza setahun darinya. Abangnya kini sedang di tahun akhir sebuah university di utara tanah air.

“jauh kamu termenung Aisha” tegur aunty misha sambil menepuk mesra bahu Aisha. Dan, cuba teka apa aksi spontan Aisha?

“opocot cantik betul sofa ni.. “ latah Aisha. Serentak dengan itu, terhambur ketawa besar dari aunty Misha.
“Ya allah, kamu ni muda muda dah melatah. “ bersisa ketawa aunty Misha. Merah sungguh muka gadis dihadapannya ini. Comel. Aisha tersipu sipu lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Malu besar dia hari ni. “apalah nasib aku ni”
“Dah dah, mari sini Aisha, duduk kat sofa mahal ni. Bibik dah siapkan minum petang ni. “ pelawa aunty misha sambil ketawa.
“alaa aunty, Aisha minta maaf. Malunya “ rengek Aisha..
“kamu ni.. patutlah Damia tu sayang sangat kat kamu. Walhal berapa kali jer kamu jumpa. Kelakar rupanya kamu ni”
Macam biasa lah, kalau tak kalut, bukan Aisha lah nama nya kan.
Mereka rancak berbual bual santai sambil ketawa. Aisha betul betul memikat hati aunty Misha. Jatuh hati sungguh aunty Misha kat aisha. Almaklum lah aunty misha pun tak ada anak perempuan.

“Assalamualaikum mama” suara garau tiba tiba kedengaran mematikan kerancakan perbualan mereka.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas masuk. WOWWW!!! Ternganga mulut munggil Aisha memandang lelaki yang padanya sangat berkarisma.

“waalaikumusalam. Oh kamu ebrahim. Damia tengah mandi rasanya. Baru habis tusyen. Ni mama kenalkan cikgu tuisyen Damia, Aisha. Aisha, ni papa Damia, Ebrahim.”
Aisha hanya senyum dan mengangguk. Ebrahim langsung tak membalas senyuman Aisha membuatkan senyuman itu mati serta merta. “kurang asam. Aku senyum punya la comel dia wat dek jer, ingat aku nak ngorat ko ke” bisik hati Aisha.
“eh perasan aku nak ngorat.” Sekali lagi latah Aisha terkeluar bila dengan tiba tiba Damia meluru memeluk pinggang Aisha. “ahh sudah.. malunyaaaaaaaaaaa” merah padam muka Aisha.
Kedengaran ketawa besar aunty Misha sekali lagi memecah keheningan rumah.
“sapa yang perasan???” tajam mata Ebrahim memandang Aisha. “pompuan ni dah kenapa. Macam makcik plak” dalam hati jer la Ebrahim bersuara.

“aaa.. aunty, Aisha balik dulu ya. Dah lewat ni” Aisha tak menjawab soalan maut dari Ebrahim, tapi terus mengambil tangan aunty Misha yang masih ketawa dan disalaminya. Kelam kabut Aisha berjalan ke arah ruangan belajar Damia untuk mengambil barang barangnya. Damia terpinga pinga tidak memahami apa berlaku. Terus saja dia duduk di riba nanny nya yang masih bersisa ketawa. Tergeleng geleng kepala Aunty misha dengan telatah Aisha.

“aunty, aisha balik dulu ya, bye damia, minggu depan cikgu datang lagi ok.” Laung Aisha.

“aduh!!! ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” Aisha menggumam…

*************************************


cuti skolah

cuti sekolah yeay...
suka betul aku kalau cuti sekolah ni...

1. tayah kalut pagi pagi aku nak buat jeritan batin ku, tarzan dan sebagainya kat kanak2 tu.. rileks2 jer siap2 pegi keje...

2. kuar lewat sket pun takpe.. jalan tak jem.. tak terkejar kanak2 nak pegi skolah.. oh heaven...

3. leh suh kanak2 siap2 defrost kan lauk.. so balik cepat sket leh masak..

4. kain baju kanak kanak dah satelkan.. depa sidai baju, lipat baju... syorga weh... lepas masak dah rehat2 jer...

5. rumah pun kemas jer.. depa siap vacum tau.. time kasih anak anak mama..

masa ni aku rasa sangat lega sebab anak2 dah besar.. kakak nana dah darjah 4.. takat nak masak telur kicap, goreng nugget, dan benda kecik2 tu dia dah terror... sidai baju, lipat baju, iron baju skolah semua dah expert... mimi pun sama lah.. hujung minggu mmg rutin diorang akan mop lantai, basuh bilik air derang.. masih tak menepati piawai, tapi aku tarzan kan la.. lama lama nanti terror lah kan..

kenapa aku nak ajar anak2 tahu buat kerja rumah??
senang kot sok sok ditakdirkan aku ni tinggalkan dunia ni awal ke.. tercampak kat mana pun derang tahu nak hidup.. tahu nak berdikari.. hidup ni jangan menyusahkan orang.. itu yg aku slalu tekankan bila aku ajar derang buat kerja... alhamdulillah, budak budak ni bukan jenis membantah bila aku suruh apa apa.. takde perkataan "kejab ma", "asyik nana je", "malas la ma"....
kami plak akan rewardkan something skali skala.. ye la kami tak kaya nak belikan barang mahal2, or nak bawak jalan2 selalu.. tapi once a while, belikan buku cerita kat derang pun derang sangat sangat happy.. syukur lah anak anak ni tahu menghargai apa saja... syukur sangat...

harapannya sampai besar derang jadi anak yang baik.. memang ada kenakalan derang.. penah nana kantoi lempang mimi 4 das.. penah mimi kantoi melawan kakak... kerja sekolah tak buat tapi kata dah siap.. sorok buku bawah almari lah.. bawah katil... macam macam la, tapi semua tu ada pengajaran.. skang ni aku cuba terapkan,

apa apa nak buat, ingat allah.. memang mama n papa tak tahu, tapi allah tahu.. kalau mama papa marah, nana mimi dah takut, agak agak allah marah camne? 

itu yg slalu aku cakap kat derang.. derang tengah proses belajar.. rotan? ya aku rotan...
maaflah aku bukan mak yang tak pernah cubit anak.. memang aku rotan anak if derang buat sesuatu kesalahan yg besar macam menipu..

cuma skang ni, aku kena belajar mengawal kemarahan dengan mimi.. aku rasa berdosa.. bila dengan mimi, aku slalu marah berlebihan.. kadang2 keluar kata2 yang tak best.. aku tak tahu kenapa.. mungkin sebab muka dan perlakuan dia kot.. aku kena belajar memaafkan insan yang paling aku taknak maafkan.. tapi aku takmau mimi jadi mangsa.. kuatkan hati aku ya allah....

ook dah melalut.. dari nak citer pasal cuti sekolah... takde mood dah.. bai

ketat...

3 hari cuti tak termasuk sabtu ahad hari tu... yaw yaw..
macam sonok je macam syok je.. eh memang syok la. keh keh

isnin tu ongsbelah ada.. ok la.. ayyan batuk sampai muntah2.. aisha plak demam tengah malam tu.. so ongsbelah decide nak el gak sebab penat betul...

selasa ngan ari ni, babysitter mintak mc.. tu dia... hehe.. dia tak sihat, so ok la since book off ada lagi.. tak guna cuti tahunan pun.. syok jugak begini..

maka terasa la surirumahtangga 5 hari..

pffttt terasa dah kanak2 ribena saya dah besaq... bergado.. main sama2.. satgi gado lagi...
haih la.. adik suka kacau abang...

macam2 ragam bila sepenuh masa dengan derang..

situasi 1 :

gadooo... screaming.....
cha : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... pelepuk... baik dia lepuk pala abang...
abang plak marah.. jerit2... cubit adik plak...
cha melawan.. pelepuk lagi...

mama : gelak gelak gelak....

situasi 2:

"Who is aryan, raise ur hand"
Ayyan : wiiii (me)
"Who is aisha, raise ur hand:
Aisha : wiii (me)
"Who is mama, raise ur hand:
Mama angkat.. tapi cha pun...
"Who is papa, raise ur hand"
Papa angkat kaki..
" angan papa angan" ayyan kata...


situasi 3:

Mama.. ne kakak..
Kakak school. .
Eya?
Ela school..
Mimi?
Mimi school..
Papa?
Papa work...
Mama?
Mama hug ayyan...


situasi 4:

"Ayyan.. put ur bottle on the table.."
"Table mama?" Sambil tunjuk table dlm bilik..
"No.. table outside ayyan"
Dia pass botol susu kat adik..
"Ayyan..... "
Dia amik botol sambil tarik tangan adik..
"Cha.. kot yayan cha.. jom kot yayan..


penakuit betul ayyan ni

situasi 5:

Papa : yang.. meh remote.. ayyan tido ni..
Papa pun nak tukar channel...
Aisha : aa aa nana... aaa nana....

Maka papa kalah.. cha menang..

Nana is banana = minion



ilek je dia lepas kemenangan...

2 beradik ni jugak suka hack mama nyer phone, laptop especially skype mama...

kantoi.. budak kecik 2 orang ni... eiiii
apa pun, sayang kat korang ketat2...


aaaa aaaa aaaa

aaaa kebanjiran kat dapur.. aaaaa
aaaaa
aaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku ni penggeli tahap 8.. aduh la... takungan kat luar tu tersumbat hasil dari penyiasatan CSI ongsbelah...

tadi siap angkut semua pinggan periuk basuh kat toilet.. feeling macam basuh pinggan kat tepi sungai plak.. kemain kan

rosak program aku.. patut smalam aku plan nak kemas dapur.. disebabkan kebanjiran, maka yang dapat dikemas peti ais jer lah... ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

harapan hatiku mentenen dapat repair ari ni.. esok cuti kan.. aaaaa aaaaa
mencik nya perasaan ini..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok bai

Review : dypers bag from groupon

Disebabkan terbaring ja asyik bersin.. maka jom update entry3 tertangguh ja la. Malas nak schedule2.. hentam la na. Dr henpon ja la..

Ari tu jalan2 window shopping kat groupon.. mmg window sungguh la pakai window 7.. aha..

Tup tup berkenan kt dypers bag ni.. nak beli hat designer xmampooo...

Nampak mcm efektif la penggunaan dia. Maka, pakat ngan member lalu share beli sebab kalau beli 2 dpt murah...

Seminggu kemudian, sampai la beg yg dinantikan...
Oh suka walaupun kaler dia agak striking..



Lawa gak kan.. rasa bawak g opis pun xde masalah ni aha...


Dalam dia ada partition2 ni.. senang nak letak susu, botol, ayaq panaih.. bla bla.. kemas la kiranya...


Buleh kuaqkan hat dlm tu. Kira kalau xmau boh pun xpa. Tu aku kata mcm buleh bwak p opis ja aha


Kalau dikosongkan.. ha luaih la jugak.. berbaloi2 la..

Rm35 sahaja.. kaler ja masa tu tinggai pink. Kalau itam mmg cara ni...

Sekian review saya

posted from Bloggeroid

Review : astonish shampoo for carpet etc..

Haiii...

Nak review 1 produk ni.. aku suka sgt.. memudahkan kerja2 rumah aku..

Aku guna sofa fabrik.. karpet kat main hall ngan second hall (kemain seken hall)...

Kanak2 ribena ni tahu2 la.. mana la nak leh larang banyak2.. kang tetiba tgk setepek pisang kat sofa...
Lom kira mee melepet kat karpet.. aduh...

Takkan nak basuh sarung sofa selalu kan.. nangis tau...

Tadaaaa... lama dah aku guna ni... oh sangat berguna dan efektif...



Aku dapat ni dari aeon big wangsa maju...

Mudah je.. cuma spray kat tpt kotor, tenyeh ngan kain sket.. satel...

Minyak2 pun kuar.. suka tau...




See.. ni diapers bag.. kemarin air ribena tumpah... pemalasnya mama nak basuh. Meh cuba kat beg plak...

Spray2.. dia akan kuarkan foam.. pastu tenyeh2...






Satel.. ada la sket2.. tapi xnampak sgt dah.. sembur febrize ambi pur.. satel. Pemalas nye mak.. huhu

Mak demam. So leh maaf la. Hehe..

Slamat mengguna..

posted from Bloggeroid

Resepi : portugese egg tart with blueberry filling

1 cawan susu cair @ susu segar *aku guna full cream milk
4 biji telur
1 cawan gula halus *aku guna 3/4 cawan brown sugar
1 cawan air * aku guna 200ml whipping cream
1 tbs tapung kastard
½ tsp esen vanilla

Kulit pastri *beli kat bakeri.. jenama kawan byk kt giant or kefor..

Tambahan : jem blueberry

Cara buat

Panaskan oven 180 darjah..

Pukul telur ngan gula...
Masukkan bahan2 lain kacau smp sebati *kecuali kulit pastri la..

Kulit pastri tu tekap elok2 dlm aluminium foil tart.. lebihan dia gunting...

Susun dlm loyang muffin..
Masukkan 1 sudu kecil jem blueberry.. jem lain pun buleh. Ikut anpa la suka apa

Masukkan filling telur tadi smp penuh..

Bakar dlm 30 min api atas bawah...

Tips : nak tau masak x, cucuk filling dgn garfu. Kalau bersih dah masak..

Tips 2 : lepas masak terus kuarkan dr aluminium foil tu. Nt berpeluh pastu kulit bawah tu lembab x garing. Xbest..







posted from Bloggeroid

Resepi : Pad krapau

aku skang ni ketagih makan pad krapau.. sedap hoiii... asal usul aku makan menatang ni kat kedai makan abah... mak tiri aku (mmg pure Siamese) masakkan.. hoiiiiiiiiii aku jatuh cinta... seriyes sedap....
1 lagi menu yg aku rasa super sedap jugak kheng som... tu lain hari citer sebab tak try buat lagi...

kalau teringin sangat, aku g lah restoran niara.. niara punya pad krapau sedap.. sebab dia letak banyaaaaakkkkkkkkkkkkkk daun basil thai.. aku tak tahu rupa daun tu camne.. basil omputeh i tau aha

alkisah, ari tu kelaparan menanti ongsbelah balik.. waaa lapaq baq ang.. konon nak kuar makan la.. tup tup jem teruk2 so dia lambat sampai..

apa nak makan ni.. nak kuarkan ayam lambat plak defrostnya..

belek2 freezer, eh ada daging cincang.. ok jom pad krapau versi derhaka. mmg derhaka la, aku g masukkan brokoli.. cendawan.. basil omputeh.. aha


Resepi :

daging cincang 1 paket

bawang holland sebiji potong dadu
bawang putih 2 ulas
cili padi secekak.. lagi pedas lagi sedap

*cendawan hiris
*brokoli

1 sudu kicap
1 sudu fish sauce ^ aku takde, so letak sos tiram
garam ^ sebab takde fish sauce. kalau ada tayah..
daun basil dalam botol.. campak la baper banyak.. wangi2.. *patut letak thai basil

-- daun ketumbar - tak letak sebab takde (hiris nipis)

cara :

tumis bawang bawangan...
masukkan daging.. make sure daging tu tos kering2 ye..
masukkan cendawan * ni optional.. derhaka nama dia.. asal takde pun benda2 * ni...
masukkan cili padi...

kacau kacau.. agak2 daging dah tukar warna, masukkan kicap, sos tiram/sos ikan, garam, dan daun ketumbar..

dah gelegak elok, angkat...
siapp...

* tu bahan derhaka
pastu kicap sos bagai tu boleh di suai padan dengan rasanya ya.. agak2 kurang masin tambah sket garam or sos ikan.. ada orang panggil kicap ikan.. kalau pening2, boh je sos tiram ngan garam. satel ahaha

dia sepatutnya tak berkuah.. dia berminyak sket...

oh sedap...




short gateway


last week, ada family day kat kampung. FD kuarga abah... tiap2 tahun memang ada, tapi tahun ni kami tak dapat pegi sebab ongsebelah kena keje..
kanak kanak semua mama nak bawak kecuali cha.. cha susah sket.. tak kena gaya mmg jenuh nak layan...

pastu, mula la kepala plan plan.. jeng jeng.. call babysitter, dia kata ok.. siap nak colek 3 hari.. oh pucuk dicita lah...

booked hotel siap siap.. aku guna agoda lagi.. mmg murah la kalau guna agoda. dapat berjimat disitu :D

takde la pegi jauh pun.. kata short gateway kan.. mmg 1 malam jer la stay.. gipun hasben kena keje.. so takleh pegi jauh2. mebi orang kata bazir jer kalau dah dekat sangat camtu. baik dok umah jer.. eh tak weh.. feeling dia lain.. seyes lain... dan ini akan jadi aktiviti tahunan kami inshaallah...

so tempat pilihan kali ni ialah Corus hotel, ampang.. depan KLCC.. hahaha gila dekat ngan umah.. 15min dah sampai :D

overall bestnyeee... ye saya tak penah pegi hotel mahal2.. slalu bajet hotel jer.. paling best pun level2 sri malaysia... so mmg jakun la bila masuk hotel 4 star.. blom 5 star lagi ye dok.. ongsbelah kata dia nak bawak g Hilton plak nanti.. yeay.. mari kita bekerja keras utk shortgateway akan datang...

the room.. paradise cabana

amboi.. syok dia lepak situ.. once kanak2 dah tak tido skali nanti aku nak 1 sofa ni kat bilik :D

ohh sukanya katil cani.. feeling perantin baru jer...


dari balkoni bilik. boleh terus g pool. sederet dengan sauna n gym jugak

kenapa aku terasa macam kat prince court jer huhuhu
 
cantik.. me love
best jer rasa deco dia.. teringin betul nak deko camni kat bilik sendiri.. tapi pendamkan jer la utk 2 tahun ni kan... mmg deco taska je mampu...


kaki pun nak selfie

sampai2 jer terus lepak kat pool.. relexing betul...

awww.. kaki bercumbu nama dia ni


mula mula plan nya nak lepak2 KLCC malam tu.. lepas dah check in, "b, kita tayah kuar la.. rest betul2 *restttt.. restttt.... muahahaahahhaah ^ _^ *.. kita makan kat sini jer la"

cancel terus nak ronda2 H&M... so malam tu decide amik buffet jer.. dapat 30% off utk guest hotel..

ok gambar berterabur.. leceh betul nak tarik2.. so hadap jer la huhuhu

first round... otak2 tu mmg sedap gila.. wuuuu nak lagi... kena pegi paparich ni... 

restoran dondang sayang

tetiba desert plak kan.. sagu gula melaka so so jer.. tapi kek dia mmg sedap2

ni last round.. ahaaa itu je aku hadap kan

Third round.... tak tinggal otak otak aku tu kan...

sup ketam yg omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... 

second round.. lamb ngan otak2 mmg tak tinggal.. sedap sangat lah...

sampai tersandar kami 2.. buruk lantak betul aha.... ada ABC, pasembor, nasi.. macam2 la...

balik bilik, lepak lagi.. hasben sambung keje sket.. ai, posing la kat pool

kaki bercumbu sorang sorang...

mana leh dia tinggal kita lama2.. dia mesti datang punya cari kita.. hehehehe lawa kan.. klcc depan jer.. kalau dari balkoni umah nampak sayup sayup jer..
selfie jer la keje.. before pegi dinner...



 day 2.. hari pulang... marilah pulang... tak sabar tunggu next short gateway camni lagi..

pose jab.. melayan jer ongsbelah kena paksa pose..

ni pun dia redha jer eheheh.. pa, dah boleh belikan monopod dah... :D

bai bai.. thanx for good hospitality...

overall, memang seronok sesekali berdua duaan camni.. happy :D