ramadhan yang mulia

bismillah hir rahmanirrohim..
salam sejahtera keatas kamu semua..

lama tak ngarut kat sini.

kesedihan masih terasa. puasa yang penuh berdarah untuk saudara kita di gaza. pakat2 doakan saudara saudara kita disana kuat dan bersemangat untuk menentang zionis laknatullah...

hurmmmm

ramadhan kali ni, aku cuba melangkah satu tapak lagi untuk mecari diri...
tak mudah..
sebab aku bukan lah seperti itu...

aku, tiang agama masih tidak kukuh, sunat 1/100...
aku, menutup hak suami ala kadar mahunya, terkadang tersasar hingga ajnabi menikmati...
aku, ckp lepas, gelak berdekah, mengkokap, kasar..
aku, ilmu tak setinggi mana, terkial kial.. hati tidak sebersih mana, masih banyak tompok hitam...

aku, sesungguhnya memang tiada apa apa...

kini, aku cuba membetulkan diri..
mencari diri, mencari addin...

aku mulakan dengan tiang agama.. masih tidak sekukuh mana.. adakala kemalasan menarik-narik.. hal dunia dipentingkan.. aku belajar menguatkan hati melawan kemalasan. 33 tahun hidup dengan kemalasan mengukuhkan tiang agama, itu satu kerugian. tersedar dari itu, aku perlu berubah. aku perlu mendidik anak anak agar mencintai solat. banyak dugaan.. sangat banyak... untuk diri sendiri, ya allah, kadangkala aku tersasar mengikut nafsu malas. tidur itu lebih baik, bisik hatiku.. ya.. aku malu untuk mengakui, aku sering tunduk pada bisik hati nan hitam... terima kasih suami yang selalu mengingatkan aku.. slalu memujuk aku untuk melawan nafsu malas..
serentak perlu belajar untuk menghargai masa. tunaikan kewajiban diawal masa. bukan mengejar hal dunia yang entah bila akan berakhir. pelajaran ini agak berat untuk aku. tapi aku perlu berusaha lebih... lebih dan lebih lagi...

kesian ongsbelah.. berat bahu kirinya kerana aku... ampunkan saya... saya kata saya sayang aok.. tapi saya tak melakukan perkara yang menyenangkan aok.. saya memberatkan bahu kiri aok.. ampunkan saya.. ampunkan saya... selama ini, ya aku menutup rambut.. tapi adakah sempurna.. tidak.. langsung tidak...
perlahan lahan aku menukar.. dari berlengan pendek, aku cuba memanjangkan.. ya masih belum cukup syaratnya.. dari tidak berstokin, aku cuba.. rimas?? memang.. rimas berstokin, berhandsock.. panas.. perlu bertutup sepanjang dirumah dikala tetamu datang.. memang rimas..
tapi alhamdulillah, allah memudahkan.. lama kelamaan semua rasa biasa.. betul.. terasa macam kurang bila tak berstokin ketika keluar rumah.. pernah, aku terlupa pakai handsock, merata aku cari kedai jual handsock.. penyudah, aku letakkan spare dalam kereta.. manusia kan mudah lupa...
dari tudung M, aku cuba melabuhkan.. terus terang, aku rasa tak cukup.. aku rasa tak tutup.. pusing kiri, nampak tepi.. pusing kanan, nampak tepi.. terangkat tangan, masih nampak.. mungkin sebab badan aku kan montel hiks.. aku cuba beli wideshawl long. puas.. sungguh aku puas...

sebenarnya, dulu aku pernah rasa.. eiii mesti nampak gemuk, nampak macam makcik2 kalau aku pakai tudung yg labuh dari biasa.. dah la aku gemuk... tapi sekarang, biar lah.. biarlah.. asalkan terlindung dari pandangan ajnabi...

ini.. perkara yang paling sukar aku rasa untuk aku berubah... sangat sukar.. malah sampai sekarang masih blom berubah sepenuhnya.. oh 1/10 pun masih belum rasanya... gelak kasar, suara kuat.. dugaan besar untuk aku.. bila tersedar, aku akan opss... kadang kala, terlepas mengokap. *kokap - berckp 18sx*
dengan mengubah pemakaian, aku berharap aku dapat seiring dengan melimitkan perlakuan. semoga aku berjaya..

ilmu perlu dicari.. hati perlu dibersihkan.. sungguh, hati aku masih belum bersih.. masih ada perasaan tak baik dalam hati.. sangat banyak rasanya.. masyaallah.. apa cara untuk aku membersihkan hati?


ada suara suara berkata...
"solat bagi cukup dulu, baru nak tudung labuh2 ni..."
"solat sunat dah full buat ke ni.. kemain labuh"
"wahh dah jadi ustazah"

pada aku.. tak perlu tunggu solat cukup untuk berubah...
tak perlu tunggu solat sunat tak cukup siang malam untuk berubah...
tak perlu jadi ustazah jika berubah pakaian...

seiringkan lah.. serentakkan lah... secara parallel lah... selarikan lah.. ha tu baru betul haha.. parallel plak..

kerana kita berpakaian mengikut syariat, kita membawa sesuatu yang baik..
dah pakai elok2, malu la kat allah kalau tak solat...
dah pakai elok2, malu la bila gelak kuat2.. mencarut2...
dah pakai elok2, malu la kalau nak mengumpat mengadu domba...

see.. dari kerana 1 perubahan, kita membawa perubahan lain..

aku harap aku istiqomah.. itu cabaran paling besar... sangat besar.. terbesar...
doakan aku ya.. aku merayu, doakan aku.. jangan di pandang serong perubahan ini..
aku doakan juga kita semua selalu berada dijalan allah.. di akhir zaman ni, cabaran dia menakutkan...
semoga kita berpeluang untuk merasa kemanisan berada di jalan ALLAH.. masih jauh untuk aku capai.. sangat jauh.. semoga kita dipermudahkan urusan ke jalan ALLAH...

1 Response
  1. Assalam. Terharu saya baca entri ni. Moga dipermudahkan urusan. InsyaAllah yang baik-baik itu akan selalu dibantu Allah. Tapi ujian akan sentiasa ada. Dalam bantuanNya Allah akan kirimkan juga sedikit ujian untuk kukuhkan hati dan kuatkan semangat kita. Moga kita sama-sama terus istiqamah. Besar cabaran dunia hari ini kan, huhu takutnye rasa...Cekalkan hati kalau ada pandangan2 serong..anggap itu "sebahagian dari ujian Allah". Saya doakan Chuya dan diri saya sendiri terus-terusan berada di bawah jagaan Allah :-)