2020 - bosan? seronok?

 wahhhh lama sungguh tak online kat blogspot. Sangat lama dari anak 4 sampai la skang dah ada sorang lagi tambahan...


tak sangka masih wujud blog ni, dan paling tak sangka, masih ingat password dia.. pfttt...


Now dah 5 tahun berlalu.. dah ada pertambahan sorang lagi ahli keluarga.. Ad deen bin shamsul. pendek jer kan nama dia hehe. memang nak nama ringkas dan pendek jer. senang.



Dah 7 bulan dia. Kejab jer kan. Nanti la later later aku update camna beranakkan dia ni. Fuhhh sangat tau. Siap ICU 2 hari.


So apa cerita 2020 kami sekeluarga?

  1. Tutup kedai. Ya aku buka kedai makan a.k.a foodcourt kat Menara Worldwide. Sempat beroperasi dalam lebih kurang 4 5 bulan la. Tak ingat tarikh betul buka. Kedai kena tutup masa bulan 1 tu. Terpaksa tutup sebab ada kes kebersihan owner lama foodcourt tu. Kononnya tukar owner, kami semua lega lah, sekali tu tgk2 owner baru up kan harga sewa dari 2500 ke 4000. Fuh sangat lah. Kalau orang ramai, aku rela jer walau 4000 pun. Ini 8 tingkat kosong wei. 
  2. Kelahiran Ad Deen ketika PKP sedang dilaksanakan. Ni memang struggle untuk aku. Dengan kena stay kat HKL tu 5 hari awal dari tarikh kelahiran dia, tiba2 kena bersalin awal due to pre eclampsia, pastu kena stay tambah lagi 5 hari sebab bp tak turun turun. Aduhai la.. Syukur ad deen super baik dan bagi kerjasama yang sangat baik.
  3. Anak anak tak dapat balik asrama. Lama derang dok rumah. Papa orang paling gembira. Oh ya, nana ngan mimi both dapat masuk JENAN a.k.a Sek Men Sultan Abd Halim (SMSAH). SBP kat jitra kedah. 
  4. Tak dapat keluar berjimba macam selalu dah. Since pindah balik kl ni (ni pun byk cerita kan. aku pindah kulim, pastu now balik ke kl) aku selalu teman mama pegi breakfast or lunch. Pastu weekend, keluar dengan sham jalan jalan. Tapi sejak PKP ni, dok rumah jer la.
  5. Sham work from home hoyehhhh... Ad deen la paling berlemak. Bangun tido muka papa, dah mandi muka papa, buat apa pun muka papa dia sentiasa depan mata. hahahaha anak pkp ni memang.. 
  6. Sham tukar kerja. Syukur la dikala orang takde kerja, sham diberi peluang tingkatkan karier dia. Dan dia bersama kawan2 bukak 1 lagi company ( SUSUN CODE) dan company aku dan dia (iRUBIC TECH SOLUTIONS). Sapa sapa nak buat sistem simple2, sistem complicated, apa apa pasal IT, boleh la wasap aku or sham. 019.675.8044
Tu jer aku ingat buat masa ni. Lagi tak sampai dua bulan dah nak tutup tirai 2020 ni. Jom la berdoa agar covid 19 ni pergi dari kita semua.

selamat tinggal...

its been a while....
sangat lama.. oho...

tah kenapa opis block blog aku.. sedih tau...


oleh kerana itu, maka

selamat tinggal 
nampak tak betapa sayangnya aku kat blog.. nampak tak??

ahaaaa... takde maknanya aku benti pasal blog...

ekseli ikut ckp encik suami la ni...
dia suh benti...
kali ni inshaallah, aku ikut ckp suami..
semoga kehidupan rumahtangga kami lebih berkat hendaknya.....


Hye hye bye bye


Bye samsung...
Welcome apple....


Ahaa big fan of android n samsung dah decrease... Im officially on apple now. Hikss.. Saje try.. Tapi......

Samsung ada yg bagus... Iphone pun ada yg bagus dia...

Kagum bateri iphone.. Walaupun lg kecik dr note 3 aku dulu, tp lebih tahan.. Xleh lawan 3310 la tapinya kan kiki

Tapi interms of functionality, android lagi best.. Redo je la kennnn...

Apa pun happy me.. Thanx mr hubby sebab sentiasa memenuhi tuntutan napsu serakah isteri mu..

Trobek la ni ekseli.. Sempena besday ke 22, suami yg jauh beribu ribu ribu batu buat suprise... Woh woh terkejut makcik timah tau...



Bunga sampai kt opis.. Tapi masa tu isteri cuti ahaaaa.. Tengah paw adik pandora sempena besday...

Besday present ke 22 yg best... Hew hew.. 



Tengkiu sista.. Mother.. And of coz hasben for the key to my heart charms...
Next nak charms pasport dengan 2 spacer ye. 😝😝😝😝

Smoga tahun tahun mendatang memberikan kebaikan yg lebih pada kami sekeluarga...