salam ramadhan dan PTPTN love KWSP

long time no see..

takde la bz pun, tapi entah la.. takde mood nak update blog ni...
rasa macam nak tutup pun ye.. tapi banyak kenangan kat sini..
sok sok tua, mesti bila baca tersenyum sorang sorang...

salam ramadhan buat semua.. tak kira yang kenal personally atau tak...
andai ini ramadhan terakhirku......

semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melalui bulan ramadhan yang penuh berkat ini...

syukur ongsbelah tak jadi pegi riyadh ramadhan ni.. postpone ke lepas raya. but sadly to inform, kena stay almost 3 to 4 months... 1 side, i is so sad... tapi in other side, alhamdulillah, rezeki lepas raya. hope boleh mulakan bisnes kecil kami dengan elaun tu... dan... dan... ini yang sangat aku harapkan....

ongsbelah kata, if drag sampai bulan ke empat, dia nak aku pegi sana.. seronoknya.. nak ke mekah.. nak... semoga ada rezeki aku menjejakkan kaki kesana...

sempena dengan berita tersebut, kami pun hari tu pegi la ke kementerian pendidikan msia untuk endorse degree ongsbelah.. kebetulan aku nampak kaunter ptptn.. hurmm alang2 kan, jom tanya lah... al kisah aku dah email pihak ptptn tapi takde balasan..

maklumat dari kaunter ptptn tu.. mudah je cara dia

1. cari balik surat perjanjian.. kalau ada satel 1 problem. kalau takde takpe.. pegi kaunter, bayar RM90, dapat balik...
2. kat kaunter ptptn tu, mintak pengesahan KWSP. ada borang disitu.
3. satel 2 perkara diatas (lokasi di kaunter PTPTN saja). bawak 2 dokumen tu ke KWSP. amik masa 14 hari bekerja..
4. abis.. tunggu je la...

if blacklisted, lepas satel boleh check semula dengan kaunter PTPTN utk clearkan blacklist.

dan.. kalau urgent, nak cepat, ada cara lain katanya.. aku tak la tanya...

so gud luck ya..

Cerita : episod 5 : cinta si kalut

episod 5

"ko masak apa tu cha? wanginya bau. terjaga terus aku" shikin memuncungkan mulut comelnya sambil menghidu hidu sekeliling.
"aku goreng nasi jer la. nasi goreng kampung cili padi pedas berdentum. haaa apa macam nama? agak agak boleh masuk blog ko tu tak?"
"hahaah boleh boleh, nanti up sket trafic aku.. boleh dapat iklan nuffnang. ko jangan risau, 2 persen untuk kau" shikin menjenguk kuali. ya allah berselera sungguh nampaknya nasi goreng kampung nama panjang masakan aisha. Aisha memang pandai memasak. setiap sentuhan tangan dan sudip dari aisha tidak pernah menghampakan. menurun bakat nenek aisha yang merupakan pengusaha restoran thailand di utara tanah air. Nenek aisha atau dipanggil Tok, berasal dari yala, selatan thailand dan berkahwin dengan datuknya yang dipanggil tokwan, berasal dari kedah. so boleh bayang tak rupa aisha? ada la ala ala aishah keturunan mahsuri tu.

"eh, ko masak banyak banyak ni nak buat apa?"
"aku nak bawak pegi umah damia. aunty misha nak rasa nasi goreng kampung versi pedas berdentum ni. untuk damia aku dah gorengkan yg tak pedas." ujar aisha.
"rajinnya kau. nak mengorat aqil kena urat mak dia dulu ye tak" sambil mencucuk pinggang aisha
"pala otak ko ngorat urat aduh aku sakit urat." latah aisha seraya sudip ditangan mendarat ke atas kepala shikin.
"adoiiiiiiiiii...... sakit la weh.. abis rambut aku kena nasi goreng ko ni" shikin menggosok2 kepalanya. rasakan.. sapa suruh cucuk pinggang minah latah ni masa ada benda di tangan. memang bahaya.
"jahat la ko ni shikin. aku taknak tinggalkan nasi untuk ko. masak sendiri. " rajuk aisha...
padan muka kan.. jenuh shikin memujuk aisha untuk mendapatkan sepinggan nasi goreng. nasib baik aisha ni makan pujuk orangnya...


************************************************

sesampai di rumah aunty misha, aisha terus ke dapur. bibik membantu aisha menyiapkan hidangan nasi gorengnya. bibik telah pun menggoreng telur mata kerbau untuk dijadikan kawan kepada nasi goreng.
"sedapnya bau nasi ni aisha. macam mana kamu buat?"
"alah bik ni, bik lagi otai masak. malu jer aisha nak citer pasal masak masak ni dengan otai" tersengih sengih aisha.
"apa otainya. bik pun masih perlu belajar masakan malaysia. kalau masakan minang ya memang bik terror.." bibik terus ke kabinet dapur. dibukanya pintu salah satu kabinet dan mengambil sebuah buku nota dan pen. tudia, bibik ni memang pantas. "resepinya aisha?" ujar bibik yang sudah bersedia dengan notanya.

"senang je bik.. bawang merah, bawang putih, ditumbuk, dengan segenggam cili padi. terpulang bibik nak pedas yang macam mana. kalau berdentum, guna cili padi kampung ya bik.., goreng ikan bilis secukup rasa. angkatkan dan ketepi kan.. gorengkan telur. jangan dikacau sampai hancur sangat ya. kacau sikit2 saje.
kemudian bibik tumis bahan tumbuk tadi.. sampai betul2 garing. nasi dicerai2kan, letak garam dalam nasi tu. gaul rata.. lepas bahan tumis tu dah garing, bik masukkan nasi, goreng goreng. biar ada bunyi ceng ceng tau bik, baru terasa makan gorengan kat kedai eheheheheh.."
"haha ya sangat la kamu ini.. lagi lagi" gesa bibik
"sabar bik.. bila nasi dan bahan tumis dah sebati, bik boleh masukkan bahan yg diketepikan tadi. gaul rata, siap... mudah kan bik"
"wah mudah bangat ni. terima kasih non"

Semua telah berada di meja makan. alkisahnya minggu lepas aisha bawak bekal nasi gorengnya ke rumah aunty misha tatkala mengajar damia. bau nasi goreng tersebut membuatkan aunty misha teringin nak merasa. takkan nak diberi bekas yang dah dimakan. maka aisha berjanji dengan aunty misha akan membawanya minggu ini.
kebetulan Ebrahim juga ada dirumah pagi itu. tak senang duduk aisha bila melihat ebrahim juga akan menyertai mereka bersarapan.

"nanny nanny.. huaaaaaaaaaa" tiba tiba jeritan damia kedengaran.
"ya allah, damia, kenapa kamu makan nasi nanny.. nasi kamu kan yang ini" sambil menunjukkan pinggan minie mouse kesayangan damia.
"pedas nanny.. huaaaaaaaa" kuat tangisan damia.. kelam kabut aisha mengambil air oren yang berada diatas meja tersebut lalu menyuapkan damia. menggeleng geleng damia meronta.
"jom jom kedapur. kita makan choclate ya. " aunty misha lantas mendukung damia. terkaku aisha berdiri melihat damia berlalu ke dapur. seketika dia merasa bersalah. "tapi, eh bukan salah aku pun. damia yang tersalah makan."

"hah, apa kamu termenung tu aisha" tepukan lembut dibahu aisha mengejutkan nya. nasib baik kali ni dia tak melatah. kalau tidak, tak tahu lah. makin meluat agaknya ebrahim pada aisha. eh, diam je ebrahim ni kan.

"ya allah bertuah budak ebrahim ni. dia habiskan nasi goreng mama. tinggal ni je?? budak bertuah." melongo aisha memandang pinggan yang hampir kosong. yang tinggal cukup2 untuk sepinggan saja.
"ala mama, cukup la tu. mama kan diet. mana boleh makan nasi banyak pagi pagi ni. ebrahim nak pegi gym ni. see u ma" ebrahim mendaratkan bibir seksinya ke dahi damia yang berada di dukungan aunty misha, dan kemudian mencium pipi aunty misha. kemudian beralih pandangan ke arah aisha, sebelum mengenyitkan matanya dan angkat ibu jari..
"erkk gluppp.. erkk.. dup dap dup dap.." hoi aisha, laki orang tu....

"alahai aisha, kamu nak makan apa ni. aunty suruh bibik masak apa2 untuk kamu ya. budak bertuah ni kalau ye pun sedap, tak ingat orang lain." bebel aunty misha.
"takpe aunty, saya boleh je makan nasi goreng damia. ok je. banyak juga tu. damia tak habis rasanya." padahal dalam hati, "aku kempunan la.. aku masak sedap tahu tak.. huaaaaaaa. memang adik beradik ni suka dera aku tau"

*****************************************

cerita : episod 4 : cinta si kalut

episod 4

“syikin…… “ terkocoh kocoh Aisha masuk ke bilik dan menjerit memanggil BFFnya itu. 
“ko ni dah kenapa cha?” syikin masih ralit menempek krim pelembab kemukanya. Baru bangun tidur lah tu. Dah petang baru nak mandi, buruk betul perangai anak dara ni.

“Malunya aku kin.. bad day betul hari ni.” Keluh aisha. “ko bukan hari hari pun bad day ke? Kelam kabut macam hape je aku tengok. Cuba ko cool macam aku ni” sempat lagi syikin mengena rakannya itu.

“cool la sangat kan. Ko bangun pukul berapa ni yang baru nak mandi. Mak mentua tengok terus cancel tau” aisha memulang paku buah keras.
“dah dah, apa yg malang sangat ko hari ni?” malas nak bertekak. Jabgi dia juga yang kena hehe..

“ko ingat tak mamat yg aku cerita hari tu? Yg tolong aku amikkan handphone dalam longkang tu”
“ahaa.. abil ek.. eh aqil kan.. ha nape ngan dia” syikin membetulkan duduknya. Teruja nak mendengar cerita.

“aqil lah. Ha… bersambung.. aku nak yayak jab” selamba aisha bangun berlalu ke toilet.
“kurang asam punya budak. Malas dengar cerita ko dah. “ rajuk syikin. “alah kejab la. Aku tak tahan ni.” Jerit Aisha dari toilet.

Syikin terus menyambung sessi tempekan di wajahnya. Kebiasaan di hujung minggu memang syikin akan menyambung tidurnya selepas subuh sementelah aisha akan keluar mengajar di rumah aunty misha.

“fuhh lega.. meh nak cerita.. nak dengar lagi ke tak ni?”
“nak laa.. cepat citer..” gesa syikin tidak sabar. Apa pula la kisah kalut aisha si manis ni kali ini..

******************

“aduh!!!  Ya allah, bala apa lagi yang menimpa aku ni” aisha menggumam…..

Kepala Aisha berdenyut tatkala kepalanya landing tepat pada permukaan kayu pintu utama rumah aunty misha. Terasa benjolan mula menonjol di dahinya.

“tadi pintu tu bukan terbuka ke. Aduhai sakitnya” getus aisha perlahan. 

“cik aisha, kenapalah jalan tak pandang depan. Memang favorite awak ya langgar orang, pintu, longkang?” eh.. suara tu macam dikenali aisha. Lantas aisha menoleh dan memandang ke arah suara tersebut.

“aqil. Eh.. apa awak buat kat sini? Awak ke yang tutup pintu tu?”
“ya lah. Dah masuk rumah, tutup la pintu. Ini rumah saya, patutnya saya yang tanya apa yang awak buat kat rumah saya ni. Haa ngintip saya ye?” aqil mengenyit mata. Tak sempat aisha membuka mulut, aunty misha, damia dan ebrahim muncul.

“apa yang berdentum tadi. Eh kamu kenapa aisha? Merah dahi kamu tu.” Aunty misha mengangkat muka aisha dan merenung tepat kearah benjolan di dahi.

“dia terhantuk kat pintu ni tadi ma. Dok melaung kat mama tadi la tu, sampai tak perasan adik dah tutup pintu ni. Apa lagi, tercium pintu lah. Nasib bukan adik yg ada kat sini. Kalau tak, mesti adik dah kena cium. Rugi nya” sempat lagi aqil mengusik aisha yang memang dah sedia merah menyala rupanya.

Ebrahim mencerlung memandang Aisha. Bagi nya gadis ini terlalu cemerkap. Rimas pula dia melihat gerak geri gadis itu. Namun tak dapat dinafikan, manis sungguh cikgu tutor damia ni. Ebrahim terus berpusing dan pergi ke ruang tamu semula. Malas nak masuk campur.

“kamu ni adik. Jangan di usik dia. Nanti merajuk tak mau ajar damia lagi. Nak harapkan adik yang ajar damia, memang dari pukul 9 main jer la sampai petang. Untung ada aisha nak ajar tau. “ terkebil kebil aisha memandang kedua dua insan di hadapannya. Dia masih blur untuk memahami apa terjadi selain dari merasa sakit berdenyut dikepalanya.

“Aisha, kamu ok ke ni? Aunty tgk kamu macam nanar je ni. Kamu nak ke klinik ke?” bahu aisha di usap lembut. Baik sungguh aunty misha. Tak padan dengan datin, langsung tak menyombong.

“ye aunty, saya ok. Saya nak balik la. “ sambil tersenyum manis aisha memandang aunty misha. Tatkala mata memandang ke arah aqil yang sibuk merenungnya, senyumannya mati. Glup…….

“adik, kamu hantar aisha balik. Mama tak sedap hati nak biar dia balik sendiri dalam pening2 tu. Aisha naik lrt tadi kan?” arah aunty misha. “yesss… mama ni memang terbaik lah” laung aqil tapi dalam hati je la. Cari nahas kalau melaung betul betul.

“aunty, takpelah. Saya ok je ni. Jangan susah susah ya aunty. Bukan jauh pun.”

“tak susahnya. Bukan kena kayuh beca pun aisha. Aqil hantarkan ya. Oh ya, aqil ni anak bongsu aunty. Adik ebrahim. Aqil 1 universiti kamu. Lain lain maklumat, kamu interview lah dia dalam kereta nanti ya” aunty misha pula kenyit mata pada aisha. Eh eh anak ngan mak sama je. Memang sindrom kenyit mata kot keluarga ni. Tapi yang ebrahim tu bukan kenyit mata, jegil mata ada. Macam macam lah.

*****

“wah wah.. seronok la ko tu.. so apa korang borak dalam kete? Ko interview dia tak?” teruja sungguh syikin.
“gila ko. Aku diam je. Dia yg interview aku ada la. Eiiiii mamat tu memang la kan. Ko tahu, tak pasal pasal aku kena teman dia makan dulu. Tapi, aku dapat makan free la.. hehehe” lincah tangan aisha sambil berborak sambil melipat baju yang bertimbun diatas katilnya.

“amboi, dating dah. Tak tapau kat aku sama?” syikin buat muncung itik.
“banyak ko punya tapau. Aku telan nasi pun rasa macam telan batu kelikir kat taman bawah tu tahu. Punya la nervous. Aku mana penah makan ngan lelaki berdua dua camtu.” Aisha sempat membaling sehelai seluar keciknya kearah syikin. Nasib baik sempat syikin mengelak. Kalau tidak, mahu malam nanti mengigaukan aisha.

“kau tahu, dia kata aku kena teman dia makan sebab, aku kata hari tu, kalau langgar sekali lagi, baru dapat kuar makan.”
“eh bukan kata langgar skali lagi dapat no telefon ke? Pastu baru kuar makan? Eh eh lagi pun ko bukan langgar dia, ko langgar pintu kan?” syikin kembali mengambil tempat dihadapan aisha.
“ya la. Dia kata no telefon boleh hijack hp mak dia. Keluar makan terpaksa tu sebab aku langgar pintu rumah dia. Pintu rumah dia kira dia jugak la. Sengal kan.. tapi dia tu kelakar lah. “ aisha tersenyum.

“jatuh hati nampakkkkkkkkkkkkkkkkkkk” pelepap……
“hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!” tepat sotong kering mendarat dimuka syikin. Sudahnya habis semua baju baju yang sudah dilipat bertaburan bila 2 sahabat bergomol gomol di atas katil.  Macam kanak kanak ribena.

bersambung