Residensi Permata

 hye uols..


saja la cerita kat sini since tau takde pun orang baca heheh..

kitorang (husben and me) baru submit application loan utk beli rumah. kami berdoa sangat dapat umah idaman ni.. ekseli not so idaman sebab kalau idaman nak rumah ada tanah lapang. tapi nak buat camna, dok kl ni mmg idok la mampu nak beli umah landed. mahai uiiii...


so kami apply utk rumah kayangan jer. kondo kat taman melawati, berdekatan dengan kondo nadayu.

berdebar la tunggu approval loan since hasben ada prob dengan ccris dia. kisahnya kami tau masa nak beli kereta haritu. loan aruz reject sebab ccris tak cantik. lepas tu hasben bayar lawa2, cantikkan ccris dia. kami pun apply utk beli serena.

malangnya, banyak bank reject sebab kat ccris report hasben ada state dia pernah nak kena naik court. aduhai.. tahun 2016 memang tahun kesukaran untuk kami. masa tu mmg tak dapat nak bayar loan dia. tetiba dapat surat nak kena naik court, maka hasben kelam kabut g bayar. so tayah naik court pun. apa nak buat, rekod tu akan ada kat ccris selama 7 tahun. fuhhh.. nasib baik ambank terima dan dapatla kami pakai kereta baru.


now berdebar la menanti loan mana yang lepas. tadi bank muamalat dah call utk isikan form form berkaitan. public bank belum call lagi.


semoga الله permudahkan la urusan kami.







2020 - bosan? seronok?

 wahhhh lama sungguh tak online kat blogspot. Sangat lama dari anak 4 sampai la skang dah ada sorang lagi tambahan...


tak sangka masih wujud blog ni, dan paling tak sangka, masih ingat password dia.. pfttt...


Now dah 5 tahun berlalu.. dah ada pertambahan sorang lagi ahli keluarga.. Ad deen bin shamsul. pendek jer kan nama dia hehe. memang nak nama ringkas dan pendek jer. senang.



Dah 7 bulan dia. Kejab jer kan. Nanti la later later aku update camna beranakkan dia ni. Fuhhh sangat tau. Siap ICU 2 hari.


So apa cerita 2020 kami sekeluarga?

  1. Tutup kedai. Ya aku buka kedai makan a.k.a foodcourt kat Menara Worldwide. Sempat beroperasi dalam lebih kurang 4 5 bulan la. Tak ingat tarikh betul buka. Kedai kena tutup masa bulan 1 tu. Terpaksa tutup sebab ada kes kebersihan owner lama foodcourt tu. Kononnya tukar owner, kami semua lega lah, sekali tu tgk2 owner baru up kan harga sewa dari 2500 ke 4000. Fuh sangat lah. Kalau orang ramai, aku rela jer walau 4000 pun. Ini 8 tingkat kosong wei. 
  2. Kelahiran Ad Deen ketika PKP sedang dilaksanakan. Ni memang struggle untuk aku. Dengan kena stay kat HKL tu 5 hari awal dari tarikh kelahiran dia, tiba2 kena bersalin awal due to pre eclampsia, pastu kena stay tambah lagi 5 hari sebab bp tak turun turun. Aduhai la.. Syukur ad deen super baik dan bagi kerjasama yang sangat baik.
  3. Anak anak tak dapat balik asrama. Lama derang dok rumah. Papa orang paling gembira. Oh ya, nana ngan mimi both dapat masuk JENAN a.k.a Sek Men Sultan Abd Halim (SMSAH). SBP kat jitra kedah. 
  4. Tak dapat keluar berjimba macam selalu dah. Since pindah balik kl ni (ni pun byk cerita kan. aku pindah kulim, pastu now balik ke kl) aku selalu teman mama pegi breakfast or lunch. Pastu weekend, keluar dengan sham jalan jalan. Tapi sejak PKP ni, dok rumah jer la.
  5. Sham work from home hoyehhhh... Ad deen la paling berlemak. Bangun tido muka papa, dah mandi muka papa, buat apa pun muka papa dia sentiasa depan mata. hahahaha anak pkp ni memang.. 
  6. Sham tukar kerja. Syukur la dikala orang takde kerja, sham diberi peluang tingkatkan karier dia. Dan dia bersama kawan2 bukak 1 lagi company ( SUSUN CODE) dan company aku dan dia (iRUBIC TECH SOLUTIONS). Sapa sapa nak buat sistem simple2, sistem complicated, apa apa pasal IT, boleh la wasap aku or sham. 019.675.8044
Tu jer aku ingat buat masa ni. Lagi tak sampai dua bulan dah nak tutup tirai 2020 ni. Jom la berdoa agar covid 19 ni pergi dari kita semua.

selamat tinggal...

its been a while....
sangat lama.. oho...

tah kenapa opis block blog aku.. sedih tau...


oleh kerana itu, maka

selamat tinggal 
nampak tak betapa sayangnya aku kat blog.. nampak tak??

ahaaaa... takde maknanya aku benti pasal blog...

ekseli ikut ckp encik suami la ni...
dia suh benti...
kali ni inshaallah, aku ikut ckp suami..
semoga kehidupan rumahtangga kami lebih berkat hendaknya.....