update aryan 3 months old

ayyan dah 3 bulan..
haihh sekejapan jer...
dah macam2 kerenah dia..
buat kami ketawa.. geram.. bebal.. ish seme adalah..

ayyan dah pandai :
  1. pusing badan nak meniarap
  2. ketawa terkekek kekek bila kena agah.. tambah2 papa agah uuu cak...
  3. dah pandai sembang2 bila panggil ayyan cucam... gugugegegugel...
  4. dah mula nampak perkembangan bila main playgim dia.. nampak dia nak capai toys dia tu... bila main lamaze toys pun camtu gak...
  5. dah main buihhhh... tah apa significant aku tatau, tapi rambut aku makin teruk keguguran yoooo.....
  6. air liur dah menjejeh2...
  7. nak tido, hazab kekadang.. dia punya nak tenyeh muka tu... kalo tak dapat tenyeh sebab kena bedung, dia bantai guleng2 kepala sampai aku tgk pun naik pening...
  8. orang pegang botol dia, dia pun kalut2 nak pegang jugak...
ayyan juga dah behave sket dah malam malam.. tapi still kadang2 tak kena gaya, dia nangis sebab tak selesa kot time dia nak tido tu...

ayyan ni bukan jenis banyak cakap.. jarang la dia nak sembang sembang... dia tak banyak buat bunyi2.. kadang2 jer bila kena mood dia, panggil jer "ayyan cucam mama dia.." terus dia uuuaaaa uuaaa auuuu.. sweet sangat... tapi kadang2 panggil la dia beria, dia wat dek jer.. siap terus toleh pandang tempat lain macam dia nak kata "eh apsal la air liur org ni merenjis2 kat muka aku ni"

dia juga kadang2 buat aku bebal.. tambah2 bila dia nangis tak tau sebab...
kembung tak, susu taknak, puting taknak, dukung taknak, baring taknak.. mama nak tido yang oi... makanya, aku biar jer dia nangis sambil monitor.. nanti dia diam dan tido sendiri...
sangat sebak hati bila tgk keadaan camtu..

oh yer, ayyan officially tak pakai buai.. ahakss bazir jer beli buai letrik bagai.. nasib ler aku tak beli skali besi buai tu... so buai tu skang ni dok dalam lemari jer la... ini adalah kerana taska ayyan tak pakai buai.. so aku takmo la ayyan menangis melalak bila dia dah biasa buai kan...

sekian cerita ayyan in 3 months old... eh more kepada 2 months old la kot...

jom layan gambar gambar ayyan

ayyan membulatkan mata bila nampak flash dslr

ayyan wit tok ayah

hah yg ni takde flash.. memang membulat jer mata dia


ayyan slept at wan (moyang) house

ayyan wit kakak on his first day to taska and kakak first day to school...




0 Responses